Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Gegau@Masjid Tanah 2018 Meriah

By 18 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mastika Hablum (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 18 Mac (Malaysiaaktif) –Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menganjurkan Karnival Gegau@Masjid Tanah 2018 bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini di Kampung Sungai Tuang, di sini.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermiyati Samsudin menjelaskan karnival ini bertujuan menonjolkan keunikan yang terdapat di parlimen ini.

Antara aktiviti yang dijalankan.

Sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan.

“Khususnya dalam konteks keluhuran adat dan budaya masyarakat, keistimewaan warisan dan sejarah, kekuatan elemen pelancongan serta hub pendidikan yang tidak terdapat di parlimen lain.

“Membuktikan pemilihan tema ‘#Lain Daripada Yang Lain’ adalah untuk menyatupadukan serta mengeratkan silaturahim rakyat khususnya dalam pelaksanaan aktiviti secara santai bagi semua peringkat umur,” ujar Mas Ermiyati.

Menurut seorang pengunjung, Maslan Malek, penganjuran program ini adalah salah satu usaha mempelbagaikan lagi aktiviti pelancongan sekaligus menjana ekonomi penduduk tempatan yang datang berniaga disini sepanjang tiga hari kanival berlangsung.

“Pelbagai program antaranya ceramah agama dari Pencetus Ummah Azman, pertandingan mewarna, sukan rakyat, memancing persembahan dondang sayang, Masjid Tanah Idol, konsert yang menampilkan artis jemputan dan pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda