Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

FAMA Bantu Usahawan Baharu Tembusi Pasaran Luar Negara

By 28 Mac 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Othman & Najib Mohaini

 
JOHOR BAHRU, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Johor Bahru diwujudkan sebagai sebuah pusat pengumpulan barang-barang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seluruh Malaysia untuk dipasarkan ke Singapura.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Haji Ismail Mohamed, pusat ini juga memberi perkhidmatan menghantar dan menyediakan kontena dan melaui kontena ini, produk-produk usahawan akan dihantar terus ke negara itu.

Pusat Operasi FAMA Johor Bahru ini juga menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan muat naik produk-produk ke dalam lori untuk dihantar ke Singapura.

Pusat Operasi FAMA Johor Bahru ini juga menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan muat naik produk-produk ke dalam lori untuk dihantar ke Singapura.

“Selain itu, di sini juga terdapat perkhidmatan pembungkusan dan muat naik produk-produk ke dalam lori. Jadi usahawan tidak perlu lagi bersusah payah mengurus sendiri penghantaran produk mereka ke Singapura untuk menyertai pameran di luar negara seperti Halal Fest di Singapura,” ujar beliau pada sidang media selepas merasmikan Majlis ‘Falg Off’ Produk Usahawan FAMA Ke Program Halal Fest Di Singapura semalam.

Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Pemasaran Antarabangsa FAMA, Datuk Nazifah Jamaludin dan Pengarah FAMA Negeri Johor, Zainal Abidin Yang Razalli.

Produk-produk yang dibawa ke Halal Fest Singapura seperti buah-buahan, air minuman dalam tin, makanan, produk kesihatan, produk kecantikan, produk gaya hidup dan fesyen muslimah – Ismail Mohamed.

Produk-produk yang dibawa ke Halal Fest Singapura seperti buah-buahan, air minuman dalam tin, makanan, produk kesihatan, produk kecantikan, produk gaya hidup dan fesyen muslimah – Ismail Mohamed.

Mengenai Halal Fest 2018 di Singapura yang akan berlangsung mulai 29 Mac hingga 1 April ini, pameran kali ini akan disertai oleh negara-negara seperti Singapura, Indonesia dan beberapa negara lain yang melibatkan pembukaan 250 ruang pameran.

Menurut Ismail lagi, produk-produk yang dibawa dari Malaysia pula terdiri daripada buah-buahan, air minuman dalam tin, makanan, produk kesihatan, produk kecantikan, produk gaya hidup dan fesyen muslimah.

“Objektif kita menyertai pameran ini adalah untuk mempromosikan produk hasil segar, produk air tin, produk berasaskan herba, makanan popular dan tradisional serta lain-lain produk keluaran usahawan dari Malaysia.

Keduanya, kita hendak meningkatkan kesedaran kepada pengguna mengenai produk agro makanan jenama Malaysia keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada masyarakat di Singapura dan pelancongnya,” jelasnya lagi.

Ismail juga berkata, usahawan yang akan menyertai pameran ini adalah seramai 49 usahawan dan pameran ini dijangka menarik kehadiran pengunjung seramai 70 ribu hingga 80 ribu orang.

FAMA juga berhasrat untuk mempromosikan Agro Bazaar Malaysia Singapura sebagai hab setempat untuk mendapatkan produk Malaysia yang halal dan premium di Halal Fest Singapura.

FAMA akan membawa artis-artis dan selebriti terkenal di Malaysia ke Halal Fest untuk menarik pengunjung-pengunjung ke pameran produk Malaysia di Halal Fest Singapura – Zainal Abidin Yang Razali.

FAMA akan membawa artis-artis dan selebriti terkenal di Malaysia ke Halal Fest untuk menarik pengunjung-pengunjung ke pameran produk Malaysia di Halal Fest Singapura – Zainal Abidin Yang Razali.

Ismail memberitahu, melalui Agro Bazaar Malaysia Singapura, prestasi eksport IKS dan produk buah-buahan dari Malaysia telah mencapai nilai RM2.3 juta jualan melibatkan 298 usahawan sejak dari tahun 2014 sehingga tahun 2017.

Beliau menambah, “Saya juga berasa yakin melalui peranan dan kejayaan FAMA di Halal Fest selama ini, usahawan-usahawan tempatan ini akan menjadikan FAMA sebagai rakan kongsi untuk membantu membawa produk mereka memasuki pasaran di Singapura.”

Pengarah FAMA Negeri Johor, Zainal Abidin Yang Razalli berkata, bagi penyertaan Halal Fest 2018, FAMA mensasarkan jualan sekitar RM800 juta hingga RM1 juta selama empat hari program itu berlangsung.

“Di Singapura, selain penyertaan di Halal Fest, FAMA juga telah berjaya mewujudkan 12 kedai rangkaian yang menjadi platform terbaik untuk mempromosi dan menjual produk-produk usahawan Malaysia,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, FAMA akan membawa artis-artis dan selebriti terkenal di Malaysia ke Halal Fest seperti Datuk Vida dan Rozita Che Wan untuk menarik pengunjung-pengunjung ke pameran produk Malaysia selain mereka juga akan membantu membuat lelongan barangan-barangan usahawan yang terlibat di sana.

– MRR

Tinggalkan komen anda