Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Johor Bersedia Sambut Ketibaan Ekonomi Digital

By 3 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 
Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Othman & Najib Mohaini

 
ISKANDAR PUTERI, 2 Apr (Malaysiaaktif) –Inisiatif Johor 4.0 merupakan satu inisiatif strategik yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan Johor bersedia menyambut ketibaan ekonomi digital, seiring dengan perkembangan ekonomi digital dan Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif ini bertujuan untuk memastikan pemegang taruh terpenting dalam negeri, iaitu Bangsa Johor sendiri, akan terkehadapan dalam menyambut ketibaan ekonomi digital nanti.

Ekonomi digital akan menjadi paradigma baharu dalam orientasi ekonomi global dan khususnya Johor menjelang 2025 – Khaled Nordin.

Ekonomi digital akan menjadi paradigma baharu dalam orientasi ekonomi global dan khususnya Johor menjelang 2025 – Khaled Nordin.

“Ia juga sekaligus akan melonjakkan Johor menjadi kuasa ekonomi baharu dalam negara dan juga di rantau ini.

Apa sahaja yang kita implimentasikan di negeri bertuah ini akhirnya secara tidak langsung akan menyumbang kepada perkembangan Malaysia kita yang tercinta,” katanya, ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Johor 4.0, di sini, hari ini.

Mengakui ia bukan tugas mudah, Khaled yakin Johor sudah bersedia dan berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudi membangunkan infrastruktur jalur lebar internet berkelajuan tinggi di negeri ini.

“Ini bagi membolehkan Bangsa Johor menikmati capaian internet berkelajuan 100MBPS. 10MBPS itu terlalu perlahan untuk Bangsa Johor ini,” tambahnya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dalam ucapannya berkata, Johor mencatatkan kadar penembusan jalur lebar yang kedua tertinggi dalam negara ini bagi tahun 2016 dan 2017, di belakang Kuala Lumpur.

Kerajaan Persekutuan akan sediakan dana sebanyak RM200 juta untuk menyediakan dan membantu pelaksanaan Pelan Induk Johor 4.0 – Salleh Said.

Kerajaan Persekutuan akan sediakan dana sebanyak RM200 juta untuk menyediakan dan membantu pelaksanaan Pelan Induk Johor 4.0 – Salleh Said.

 

“Setakat Februari tahun ini, 83.6 peratus pengguna telefon bimbit di negeri Johor mendapat liputan LTE ataupun 4G,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Salleh turut menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif Digital Johor 4.0 dan akan mendapatkan SKMM untuk membantu menyediakan Pelan Induk Johor 4.0.

“Ini sama seperti mana kerjasama kita dalam melaksanakan Program Transformasi Nasional dan untuk ini, peruntukkan sebanyak RM200 juta akan disediakan,” katanya.

Majlis perasmian tersebut merupakan sebahagian daripada program Karnival Digital Johor 4.0 yang diadakan bagi memberi gambaran masa hadapan Johor melalui pelaksanaan inisiatif Johor 4.0.

Turut berkenan berangkat ke majlis ini ialah Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Johor, Tunku Puteri Johor.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md. Jais bin Haji Sarday dan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani.

– MRR

Tinggalkan komen anda