Karnival Usahawanita Sasar 30,000 Pengunjung

poster

 

 Laporan dan foto : Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 3 April (Malaysiaaktif) – Karnival Usahawanita 2018 yang berlangsung bermula Khamis ini dijangka menghimpunkan lebih 500 orang usahawan wanita, dan menarik kunjungan lebih 30,000 orang pengunjung.

Bertemakan ‘Segalanya Wanita’, Program dua hari tersebut diadakan di Pantai Kuala Kerteh, di sini dimeriahkan dengan lebih 100 aktiviti menarik khususnya untuk para usahawan di negeri ini.

Persiapan tapak program sedang giat dijalankan.

Persiapan tapak program sedang giat dijalankan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan bahawa Perasmian Road to MAHA Zon Timur akan disempurnakan oleh Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Iktisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

“Karnival Usahawanita ini diadakan bersempena program Road To Maha 2018 Zon Timur yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta jabatan dan agensi dibawahnya.

“Program ini merupakan program kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Pejabat Daerah Kemaman dan Pejabat Parlimen Kemaman.

“Saya turut berharap agar orang ramai dapat mengambil peluang seperti ini serta memeriahkan lagi suasana sepanjang program berlangsung,” katanya yang ditemui ketika membuat tinjauan persiapan tempat di tapak program, di sini hari ini.

Pelbagai aktiviti menarik turut disajikan buat pengunjung seperti perkongsian ilmu dan tips oleh usahawan berjaya, pertandingan memancing wanita, sukan pantai, persembahan daripada artis jemputan, forum agama dan banyak lagi.

– SH

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...