Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Penjawat Awam Dan Pemimpin Berpisah Tiada

By 3 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh:    Norhayati Yusoff dan Azman Yahaya

 

 

YAN, 3 April  (Malaysiaaktif) – “Penjawat awam dan pemimpin di Malaysia ibarat berpisah tiada kerana saling memerlukan kerjasama antara satu sama lain dan bekerja sebagai satu pasukan,” ujar Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Guar Chempedak, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail.
Beliau berkata demikian semasa menjadi panel Dialog Santai Bersama Penjawat Awam Daerah Yan/Kuala Muda di Dewan Datuk Madi, Pantai Murni, Yan semalam.

Dalam program ini juga, beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri akan membangunkan pelabuhan darat yang akan dilaksanakan di Kulim Hi-Tech Park dan juga pembangunan Kulim Hi-Tech Park yang kedua. Menurut beliau lagi, menerusi pembentangan Bajet 2018 yang lalu, kerajaan pusat telah meluluskan bajet sebanyak RM40 juta bagi menaik taraf sistem pendawaian elektrik dan penambahbaikan pusat tahfiz di negeri Kedah.

Program Dialog Santai Bersama Penjawat Awam ini adalah anjuran Majlis Keselamatan Negara bersama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah turut menampilkan Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib serta Moderator program iaitu Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Utara, Ibrahim Hashim.

WhatsApp Image 2018-04-03 at 17.14.29

Md Shukri Shuib berkata, penjawat awam merupakan tunjang utama bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Tambahnya lagi, ramai beranggapan bahawa idea Perdana Menteri mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menyebabkan Wawasan 2020 terabai. Tetapi dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.

Program dialog santai yang bertemakan “Penjawat Awam Teras Pembangunan” ini menyentuh isu-isu semasa pembangunan di negeri Kedah dan telah dihadiri oleh wakil daripada jabatan kerajaan serta institusi pendidikan Daerah Yan dan Kuala Muda.

Menurut seorang kakitangan awam, Naemah Abd Muthalib, 54 berkata, “program yang dianjurkan ini amat berguna khususnya kepada penjawat awam berkenaan pembangunan ekonomi di negeri Kedah serta peranan penjawat awam kepada pembangunan negara.
Selain itu, saya juga mendapat maklumat yang lebih jelas berkenaan pembangunan bagi negeri Kedah menerusi perkongsian Bajet 2018,” ujarnya lagi.

Program dialog santai ini mendapat respon baik penjawat awam dengan kehadiran seramai 300 orang. Rata-rata peserta yang hadir mahukan program sebegini diteruskan untuk memberi penjelasan yang mendalam kepada rakyat dalam proses menjelangnya Pilihan Raya Umum ke 14 tidak lama lagi.

– MRR

Tinggalkan komen anda