Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanWilayah Persekutuan

KRT Labuan Terima Lebih Peruntukan Tahun Ini

By 4 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan Oleh: Mohd Faizal Mansor/ Foto: Jeffrey Nian ( Labuan )

 

LABUAN 4 April (Malaysiaktif) – Peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Wilayah Persekutuan Labuan dengan jumlah ahli induk seramai 2,896 merupakan mekanisme yang menjadi tulang belakang kekuatan bagi memantapkan perpaduan diperingkat akar umbi.

“Sebagai menghargai sumbangan bakti mereka, kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memberi geran pengurusan KRT yang terbanyak tahun ini iaitu sebanyak RM 208,000.00 untuk 35 kawasan rukun tetangga yang ada di Labuan berbanding tahun lalu yang hanya RM 198,000.00 sahaja,” ujar Pengarah JPNIN Labuan, Mimie D. Selvakumar ketika berucap pada Seminar Semarak Perpaduan,  di Menara Perbadanan Labuan.

WhatsApp Image 2018-04-03 at 10.16.16

Senator Dewan Negara, Datuk Bashir Alias ketika merasmikan Seminar Semarak Perpaduan

Seminar tersebut telah dianjurkan secara Strategi Lautan Biru atau NBOS oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Biro Tatanegara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Gabungan Rukun Tetangga Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dirasmikan oleh Senator Dewan Negara, Datuk Bashir Alias.

“Saya berharap pemberian geran pengurusan rukun tetangga ini akan memberi suntikan semangat kepada pemimpin-pemimpin rukun tetangga ini untuk terus berbakti kepada masyarakat dan kejiranan di Labuan ini,” kata Mimie.

WhatsApp Image 2018-04-02 at 16.03.16 (3)

Pengarah JPNIN Labuan, Mimie D. Selvakumar menyampaikan ucapan 

Justeru, jabatan kami telah mengatur 7 komponen progrm iaitu : membudayakan perpaduan dihatiku; khidmat komuniti dan pembangunan komuniti membudayakan perpaduan; meraikan kepelbagaian; integrasi kaum; pemantapan semangat patriotisme negaraku; pemantapan keharmonian dan keselamatan komuniti serta pengukuhan kecekapan organisasi,”  ujar beliau.

Mimie berharap agar semua program ini akan mendapat sokongan dan bantuan serta komitmen dari semua pihak, agar kita dapat bersama-sama terus memantapkan hidup harmoni dan damai sejahtera di Labuan ini yang mana perpaduan adalah tanggungjawab kita bersama.

Sebahagian peserta yang hadir ke seminar tersebut.

Seramai 150 peserta di kalangan pemimpin masyarakat akar umbi seperti ketua kampung dan badan-badan bukan kerajaan ( NGOs) serta ahli-ahli jawatankuasa utama Rukun Tetangga Labuan menyertai seminar selama satu hari tersebut.

 

Antara penceramah yang dijemput adalah Pengarah Bahagian Pengurusan Perpaduan JPNIN Malaysia, Zulkifli Hashim yang membawa tajuk Pengurusan Isu-Isu Sensitiviti Kaum Di Malaysia serta Pengarah MKN Sabah, Datuk Rodzi Md Saad yang menyampaikan tajuk Dasar Keselamatan Negara.

 

 

-AZR-

Tinggalkan komen anda