Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Beri dan Tawar Perkhidmatan yang Mempesonakan Pelanggan – Mat Ali

By 6 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Noorshazana Shaadan         Foto : Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Port Dickson)

PORT DICKSON, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Pentadbiran perkhidmatan awam di Negeri Sembilan telah menambah baik nilai dalam menawarkan perkhidmatan awam kepada pelanggan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Mat Ali Hassan berkata di pentadbiran negeri, Negeri Sembilan telah mengubah konsep pegawai meja kepada pegawai projek.

“Ini kerana jika dilihat, pada masa dahulu kita mengamalkan konsep pegawai meja dengan cara hanya menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tugas.

Ali Hamsa turut menyampaikan sijil kepada peserta.

Ali Hamsa turut menyampaikan sijil kepada peserta.

“Apabila kita bertukar kepada konsep pegawai projek, skop tugas adalah lebih besar dan usahasama yang dilaksanakan lebih mantap serta lebih dihayati,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Ketua Setiausaha Negara bersama Penjawat Awam Port Dickson di Politeknik Port Dickson, di sini semalam.

Pendekatan yang diterapkan pentadbiran Negeri Sembilan ini diyakini dapat menjurus kepada hala tuju yang sama dan tahu akan tanggungjawab yang dilaksanakan.

“Konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam dihayati sepenuhnya oleh seluruh penjawat awam melalui pendekatan yang digunakan di negeri ini.

“Awal tahun ini, saya telah melancarkan satu mantera Pesona NS yang mana memberikan dan menawarkan perkhidmatan yang mempesonakan pelanggan.

“Adalah menjadi tanggungjawab yang telah diamanah kepada saya ini untuk membawa pasukan perkhidmatan awam di bawah pasukan Tok Mat untuk mentadbir dengan matlamat memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat menuju sebuah negeri moden Tahun 2045 yang sentiasa bersama kerajaan,” ujarnya lagi.

Latifah Saad, 29, penjawat awam berkata beliau melihat pendekatan konsep Pesona NS ini sebagai satu langkah baik yang diambil oleh kerajaan Negeri Sembilan dalam memartabatkan dan merakyatkan perkhidmatan awam.

“Kita sebagai kakitangan kerajaan tidak kiralah di peringkat persekutuan mahupun negeri akan turun mendekati rakyat dengan menawarkan perkhidmatan yang disediakan.

“Konsep seperti ini jelas lebih berkesan dan membuatkan rakyat berasa mereka dekat di hati perkhidmatan awam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam sesi dialog berkata saiz perkhidmatan awam di Malaysia adalah terbuka dan mengikut definisi perlembagaan.

Tambahnya, jumlah penjawat awam tidak akan dikecilkan dalam usaha memastikan penjawat awam tidak terpinggir.

“Sebanyak 1.6 juta kakitangan kerajaan yang terdiri daripada peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan diambil kira sebagai penjawat awam demi menjamin kebajikan perkhidmatan awam terus terpelihara,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda