Karnival Usahawanita 2018 Meriah

IMG-20180406-WA0027

 

 Laporan : Aneta Ahmad (Kemaman)
Foto : Facebook Usahawanita Kemaman

KEMAMAN, 6 April (Malaysiaaktif) – Hari pertama Karnival Usahawanita 2018 yang bermula semalam di Pantai Kuala Kerteh menyaksikan pelbagai gelagat pengunjung dan peserta karnival yang gembira dan teruja.

Karnival yang menghimpunkan 500 orang usahawan wanita dan merupakan satu acara yang mengangkat kaum wanita dalam bidang ekonomi dan keusahawan.

Mohd Mansor Mohd Yusoff, 39, antara pengunjung yang menyatakan beliau kagum dengan kepelbagaian kluster yang dipamerkan, antaranya kluster segar.

Antara pameran yang disediakan sempena karnival kali ini.

Antara pameran yang disediakan sempena karnival kali ini.

“Melihat tanaman dan buah-buahan segar, memang dapat menarik perhatian pengunjung,” katanya yang ditemui di tapak program semalam.

Usahawanita ini akan berkampung selama tiga hari dan akan melibatkan pelbagai aktiviti serta jualan di 500 gerai dalam lapan kluster utama seperti kesihatan, pelancongan,
produk asas tani, kraf, kulinari, florikultur dan perkembangan awal kanak- kanak.

Sementara itu, seorang warga tempatan, Juliana Razali, 37, tidak melepaskan peluang berniaga sepanjang karnival berlangsung.

“Pengunjung disajikan dengan pelbagai jenis makanan dan produk hasil keluaran usahawanita. Pelbagai cara serta gaya persembahan bagi menarik pengunjung dan pembeli dipersembahkan,” katanya.

Selain jualan, pelbagai jenis pameran dan produk dari jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga terlibat.

Menurut Nor Syazwani Abu Bakar, 25, karnival ini memberi peluang untuk melihat produk yang dijual di sini dan kita dapat belajar banyak ilmu baru berkaitan bidang perniagaan.

Selain jualan dan pameran, pelbagai aktiviti turut dijalankan oleh setiap kluster.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...