Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Pertanian Bandar Tingkat Ekonomi Setempat

By 8 April 2018Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan dan foto : M Zakry Chan(Melaka)

DURIAN TUNGGAL, 8 April (Malaysiaaktif) – Program Gerak Kerja Komuniti Indah Kebun Komuniti Taman Angkasa Nuri, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 22 Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah diadakan, di sini pagi tadi.

Menurut Pengerusi Kebun Komuniti Taman Angkasa Nuri, Wan Zulkharnain Wan Abdul Rahman, 46, program pertanian bandar diperkenalkan bagi membantu masyarakat bandar dan pinggir bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian bahan makanan yang diperlukan mereka.

“Melalui program ini, penduduk taman boleh menambah pendapatan dengan memanfaatkan tanah yang ada di sekitar kawasan taman dan mampu memupuk kesedaran masyarakat terhadap pertanian sebagai penyumbang kepada kesejahteraan dan keceriaan persekitaran kediaman penduduk itu sendiri.

Mohd Alif dengan hasil tanaman melalui Program Pertanian Bandar.

Mohd Alif dengan hasil tanaman melalui Program Pertanian Bandar.

“Kerjasama dan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan banyak membantu dalam merealisasikan program ini antaranya Jabatan Pertanian, MPHTJ, dan kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Durian Tunggal,” ujarnya.

Peserta program, Mohd Alif Mohd Rosli, 26, berkata program ini memberi pendapatan sampingan apabila sehingga hari ini telah menuai cili bara sebanyak empat kali dengan hasil yang memerangsangkan dengan menggunakan kaedah dan teknik moden.

“Masa yang terluang setelah pulang daripada kerja saya gunakan dengan bercucuk tanam di hadapan rumah, pelbagai bentuk tanaman kontan yang saya tanam antaranya cili bara, pisang, ubi kayu dan serai.

“Golongan muda harus mengambil peluang dan ruang yang ada untuk bercucuk tanam disekitar rumah, bukan sahaja dapat menjimatkan pembelanjaan malah boleh mendatangkan pendapatan sampingan,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda