Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

9 Mei Tarikh PRU-14, 28 April Penamaan Calon

By 10 April 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA 10 April (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei (Rabu) sebagai tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sementara tarikh writ dikeluarkan adalah pada 11 April.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah di Wisma SPR di sini hari ini.

“Penamaan calon pada 28 April (Sabtu), sementara undi awal pada 5 Mei (Sabtu),” katanya dalam sidang media.

Beliau menjelaskan bahawa terdapat seramai 14,940,624 pemilih berdaftar dengan 14,636,716 orang pemilih biasa dan  300,255 orang pemilih awal.

Mohd Hashim mengumumkan tarikh 9 Mei (Rabu) sebagai tarikh PRU-14.

Mohd Hashim mengumumkan tarikh 9 Mei (Rabu) sebagai tarikh PRU-14.

Sementara itu tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 11 hari, bermula pada hari Penamaan Calon sehingga pukul 11.59 malam 8 Mei 2018.

Hashim turut menjelaskan, pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi.

“Mereka boleh menyemaknya melalui Laman Sesawang SPR di www.spr.gov.my atau melalui aplikasi MYSPR SEMAK.

“Mereka juga boleh menghubungi talian 03-88927018 atau melalui SMS 15888,” ujarnya lagi.

Mohd Hashim turut menjelaskan anggaran kos keseluruhan proses PRU-14 ini ialah sebanyak RM500 juta.

“Seramai 259,391 petugas dilantik daripada kalangan orang awam untuk mengendalikan proses PRU-14 ini. SPR turut menubuhkan 445 pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) selain melantik 222 pegawai pengurus pilihan raya bagi memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen.

“Sebanyak 8,989 premis akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 28,995 saluran,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda