Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

J3K Kemaman Kekuatan dan Transformasi Politik Terengganu

By 10 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 10 April (Malaysiaaktif) – Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, serta ketua jabatan, warga pendidik dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K), semalam.

Ahmad razif menjelaskan J3K merupakan kekuatan politik dalam transformasi politik.

“J3K banyak membantu dan memastikan kekuatan politik Barisan Nasional (BN) di Terengganu khususnya di daerah Kemaman akan terus berkembang dan dipertahankan,” katanya di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.

Sebahagian daripada hadirin yang datang.

Sebahagian daripada hadirin yang datang.

Ahmad Razif turut berharap Terengganu akan terus berada di persada nasional dan seterusnya akan ke persada antarabangsa.

“Barisan Nasional akan mengekalkan keberadaan sedia ada di daerah Kemaman dan memastikan PRU ke-14 ini, BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar supaya dapat meneruskan apa yang kita laksanakan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu Ir Rosli Othman berkata , J3K merupakan elemen penting dan berpisah tiada dengan UMNO.

“UMNO adalah wakil dari J3K telah sama-sama mengambil bahagian untuk memastikan persiapan bagi menghadapi PRU ke-14 yang semakin hampir,” ujar Rosli.

Rosli turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin kerana telah menaikkan nama sekolah daerah Kemaman sebagai kuasa baharu dalam permainan sepaktakraw dan hoki di peringkat Majlis Sukan Terengganu.

Antara anugerah lain ialah Peningkatan SPM & STPM 2017 Negeri Terengganu, Peningkatan Terbaik Dalam Kejohanan Balapan dan Padang 2018.

Dalam majlis sama, Ahmad Razif  turut menyampaikan Penyerahan Mock Check Bantuan Khas Pengurusan J3K Daerah Kemaman, Gimik Penyerahan Mock Cek Bantuan PIBG dan Penyerahan Bantuan Pusat Daerah Mengundi.

– SH

 

Tinggalkan komen anda