Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Lepasan Kolej Vokasional Dijamin Pekerjaan

By 15 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 15 April 2018 (Malaysiaaktif) – Lepasan pelajar dari Kolej Vokasional seluruh negara tidak perlu bimbang apabila mereka tamat belajar kerana akan ditawarkan pekerjaan mengikut bidang masing-masing.

Hal ini dinyatakan Ketua Penolong Pengarah, Hubungan lndustri dan Sektor Agensi Luar, Kementerian Pendidikan Malaysia, Suraimi Hj. Rithwan, ketika ditemui di Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kolej Vokasional Pengkalan Chepa Kota Bharu (KVPC) dengan pihak industri dan syarikat swasta hari ini di sebuah hotel di Kota Bharu.

Pelajar lepasan Kolej Vokasional tidak perlu bimbang kerana akan ditawarkan pekerjaan mengikut bidang masing-masing - Suraimi.

Pelajar lepasan Kolej Vokasional tidak perlu bimbang kerana akan ditawarkan pekerjaan mengikut bidang masing-masing – Suraimi.

Menurut beliau, lebih 85 peratus atau 12,700 graduan lepasan kolej vokasional seluruh negara mendapat pekerjaan pada tahun lepas. Ini boleh mengurangkan pengangguran dan membina generasi cemerlang.

“Para pelajar yang tamat belajar akan diberikan diploma mengikut bidang masing-masing dan terus diberikan peluang pekerjaan oleh pihak syarikat swasta dan industri,” ujarnya pada majlis perasmian tersebut.

Pendapat beliau disokong oleh Pengarah Kolej Vokasional Pengkalan Chepa Kota Bharu, Alwi Mohd Ali, yang turut memberi pendapat bahawa jalinan kerjasama KVPC dengan syarikat atau industri dapat merealisasikan objektif melahirkan pelajar berkemahiran tinggi seiring dengan Dasar Program Transformasi Pendidikan Vokasional Negara.

Seorang wakil dari syarikat dan industri, Nor Haslinda Jusoh berkata, beliau akan mendapatkan khidmat graduan dari KVPC selepas mereka tamat belajar dan ditempatkan di syarikatnya selama tiga bulan untuk tempoh percubaan.

Majlis Penyerahan MoU Kolej Vokasional Pengkalan Chepa oleh Pengarah Hj. Alwi kepada wakil syarikat dan industri Mas Johaney, di sini siang tadi.

Majlis Penyerahan MoU Kolej Vokasional Pengkalan Chepa oleh Pengarah Hj. Alwi kepada wakil syarikat dan industri Mas Johaney, di sini siang tadi.

“Sekiranya prestasi dan hasil mutu kerja cemerlang, saya akan menawarkan kontrak untuk bekerja dengan imbuhan dan elaun yang menarik,” jelasnya.

Sementara itu, seorang pengurus syarikat kejuruteraan, Mas Johaney Che Chik, berkata graduan lepasan kolej ini akan dipilih berhati-hati agar tidak menimbulkan masalah apabila bekerja kelak.

“Saya mahukan pelajar yang cemerlang dan berdisplin tinggi dalam usaha memajukan syarikat,” katanya.

Pada majlis ini seramak tujuh orang pengurus atau wakil syarikat swasta dan idustri hadir menandatangani memorandum tersebut.

Turut hadir pengarah-pengarah kolej vokasional seluruh Kelantan.

-SH

Tinggalkan komen anda