Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Pertandingan Karom Medium Erat Hubungan Komuniti Setempat

By 18 April 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Azmi Abd. Rahman (Machang)

MACHANG, 18 April (Malaysiaaktif) – Aktiviti sukan sememangnya diketahui umum mampu menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum, peringkat usia serta perbezaan ideologi politik.

Hisyam Abdul Hamid, 42, peserta pertandingan karom amat berpuas hati dengan aktiviti seumpama ini.

“Masyarakat di kampung dapat berkumpul dan beramah mesra di samping menyertai pertandingan karom, secara tidak langsung hubungan di antara mereka menjadi semakin erat,” kata Hisyam yang ditemui di Kampung Joh, di sini semalam.

Karom juga boleh  dijadikan medium mengeratkan hubungan.

Karom juga boleh dijadikan medium mengeratkan hubungan.

Program sehari anjuran Pejabat Penerangan Daerah Machang berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan umur dan juga kaum di sekitar Kampung Joh, Machang.

Penyertaan pertandingan terbuka kepada seluruh penduduk kampung ini. Peserta termuda berumur 16 tahun hinggalah yang paling tua berumur 65 tahun.

Pengerusi JKKKP Kampung Joh, Mohd. Khalid Hj. Daud, 54, menyatakan pertandingan karom yang diadakan ini amat bersesuaian dengan senario semasa hari ini yang berada dalam suasana PRU ke-14.

“Mereka dapat duduk semeja dan mengenepikan ideologi politik sepanjang pertandingan berlangsung. Justeru program berbentuk aktiviti sukan perlu ditingkatkan bagi mengekalkan hubungan baik di kalangan penduduk,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda