Pusat Penjaja Bahau Bertukar Wajah

IMG-20180418-WA0022

 

 Laporan dan Foto : Ramasamy Amas & Siti Noorezrin Mahmod (Jempol)

JEMPOL, 17 April (Malaysiaaktif) – Pusat penjaja Bahau yang kini dikenali sebagai Medan Niaga Bahau telah bertukar wajah dan menjadi antara salah satu daya tarikan orang ramai di Bandar Bahau.

Dahulunya, pusat penjaja tersebut beroperasi dengan kemudahan yang terhad dan ruangan yang sempit. Namun kini pelbagai kemudahan dan ruangan yang lebih selesa dan kondusif dapat dinikmati oleh pengunjung dan dapat menjamu selera secara santai apabila ianya siap dibina dan dibuka kepada umum.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dalam rangka lawatan kerja ke Daerah Jempol semalam sempat singgah dan seterusnya merasmikan bangunan tersebut.

Mohamad turut melawat peniaga di Medan Niaga tersebut.

Mohamad turut melawat peniaga di Medan Niaga tersebut.

“Saya ingin wujudkan budaya berniaga dalam kalangan masyarakat kerana peluang pekerjaan yang terhad di sektor awam dan swasta.

“Kerajaan menggalakan anak-anak muda menceburi bidang perniagaan dan kerajaan negeri sedia membantu dengan menyediakan tapak perniagaan dan memberi lesen percuma asalkan mereka mesti mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Tambah beliau lagi, “Makanan yang sedap dan bersih akan menjadi rebutan orang ramai dan barangkali Jempol boleh muncul sebagai hub makanan yang unik dan sedap. Secara tidak langsung akan menarik orang ramai untuk datang ke Jempol”.

Kerajaan negeri turut bercadang untuk membuka Medan Ikan Bakar serupa di Port Dickson disamping cadangan mewujudkan pusat penjaja ala barat seperti mana terdapat di negara luar seperti Paris dan London.

“Kita akan jadikan Seremban dan Port Dickson sebuah daerah yang terkenal dan ini bermakna akan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada golongan muda.

Mohamad turut berkesempatan melawat bangunan Yayasan Negeri yang baharu dibina berhampiran Medan Niaga tersebut.

Mohamad turut berkesempatan melawat bangunan Yayasan Negeri yang baharu dibina berhampiran Medan Niaga tersebut.

“Walaupun Majlis Daerah Jempol akan dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran Jempol namun kerajaan negeri tetap berpendirian tidak akan menaikkan cukai pintu dan cukai tanah kerana berpegang atas prinsip sentiasa mengutamakan kesejahteran dan kemakmuran rakyat,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Yang di Pertua Majlis Daerah Jempol Datuk Zazali Salehudin berkata, Majlis Daerah Jempol telah memperuntukkan RM3.975 juta untuk membina Medan Niaga Bahau bagi menggantikan Pusat Penjaja Bahau yang lama.

“Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah persekitaran dalam kawasan perniagaan yang teratur dan selesa.

“Medan niaga ini adalah penganti kepada pusat penjaja sedia ada dan merupakan penambahbaikan daripada bangunan terdahulu dari segi pertambahan keluasan, kemudahan fasiliti dan reka bentuk bangunan.

“Ianya didirikan di atas tanah milik Majlis Daerah Jempol seluas 1.2 ekar dan mengandungi 112 unit gerai di mana hampir 70 peratus adalah peniaga Cina,” jelasnya.

Peniaga mee wantan, Chin Koy Loeng, 38,
berkata gerai yang disediakan ini sangat cantik dan moden.

“Lebih ramai pelanggan datang berbanding dengan dahulu. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan,” katanya.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...