Skip to main content
Berita TempatanHomePahangPutrajaya

JaPen Pekan Bakal Terima Bangunan Baharu

By 19 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PEKAN, 18 April (Malaysiaaktif) – Bangunan baharu Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Pekan yang dibina bagi menggantikan bangunan lama yang tidak dapat menampung bilangan petugas dan perkhidmatan yang lebih cekap, dijangka siap awal bulan Jun nanti.

Produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam khususnya jabatan penerangan akan lebih efisien apabila siapnya bangunan yang bernilai RM4.2 juta itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata projek yang bermula April tahun lalu dijangka siap pada bulan ini namun dianjakkan kepada bulan Jun atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Ibrahim (kanan) ditemani Khairul ketika sesi taklimat pembinaan baharu Pejabat Jabatan Penerangan Daerah Pekan, siang tadi.

Ibrahim (kanan) ditemani Khairul ketika sesi taklimat pembinaan baharu Pejabat Jabatan Penerangan Daerah Pekan, siang tadi.

“Pejabat Penerangan Daerah Pekan ini sebenarnya dibina semula dengan rekaan standard untuk semua pejabat-pejabat penerangan di daerah-daerah.

“Tempoh 12 bulan diberikan untuk melaksanakan projek ini namun demikian atas sebab-sebab tertentu ada sedikit kelewatan. Namun pada saya kelewatan itu dalam tempoh waktu yang masih boleh diterima,” katanya di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), di sini hari ini.

Ibrahim turut menjelaskan sebuah lagi pejabat penerangan daerah sedang dibina di Rompin dan kemajuan projek sama seperti di Pekan ini.

“Dengan kesungguhan daripada pihak pemaju, saya yakin mereka memberikan komitmen yang cukup tinggi dalam memastikan projek- projek ini dapat dilaksanakan dan disiapkan seperti yang dijadualkan,” tambah Ibrahim sempena lawatan kerjanya di sini.

Sementara itu pegawai penguasa projek Khairul Nizan Khairudin, berkata pihaknya akan memantau progres projek ini secara mingguan.

“Pihak pemaju akan menggandakan kerja mereka bagi memastikan projek dapat disiapkan dalam tempoh masa yang diberikan,” ujarnya ketika sesi taklimat pembinaan baharu Pejabat Jabatan Penerangan Daerah Pekan, siang tadi.

Tinggalkan komen anda