Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Berbaloi Tunggu Lebih 30 Tahun

By 20 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto : Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 20 April (Malaysiaaktif) – “Alhamdulillah, syukur nikmat. Terima kasih Menteri Besar Negeri Sembilan,” ujar Saedah Timan, 93, salah seorang daripada 75 orang penerima suratan hak milik tanah Kampung Takau dan Kampung Tampin Linggi, semalam.

“Berbaloi tunggu lebih 30 tahun bila terima geran tanah daripada Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) sendiri,” katanya ketika majlis penyerahan hak milik tanah, di sini.

Saedah menunggu lebih 30 tahun untuk menerima geran tanah tersebut.

Saedah menunggu lebih 30 tahun untuk menerima geran tanah tersebut.

Beliau melahirkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih atas segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi membantu penduduk mendapatkan hakmilik tanah yang telah lama dinantikan sejak tahun 1980 lagi.

“Dulu, arwah suami bekerja di ladang kelapa sawit di situ. Membesarkan anak-anak pun dengan hasil kutip kelapa sawit. Duduk pun atas tanah milik ladang. Sekarang, bila sudah dapat tanah ini, leganya hanya Tuhan yang tahu,” jelasnya lagi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan Negeri Sembilan telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1969 bagi mendapatkan tanah dan menjualkannya kembali kepada penduduk dengan harga 81 sen untuk satu kaki persegi.

Mohamad (tengah) menyampaikan suratan hak milik tanah.

Mohamad (tengah) menyampaikan suratan hak milik tanah.

“Kerajaan negeri sangat komited dalam menyelesaikan isu tanah Kampung Takau dan Kampung Tampin Linggi ini.

“Kadar premium tanah yang telah ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM100 bagi setiap pemohon juga adalah rendah jika dibandingkan dengan RM100,000 untuk satu lot tanah,” katanya.

Seramai 75 orang penerima mengakhiri penantian selama 38 tahun bagi mendapatkan geran hak milik tanah ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Port Dickson, Khairy Maamor dan Penasihat Jawatankuasa Penyelesaian Penempatan Penduduk Kampung Takau dan Kampung Tampin Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza.

-SH

Tinggalkan komen anda