Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Penghuni Bersyukur Bantuan Kerajaan Baiki Rumah

By 21 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Erzufariza Zulkifly (Gua Musang)

GUA MUSANG, 21 April (Malaysiaaktif) –
Impian sebuah keluarga di sini yang inginkan sebuah rumah sebagai tempat berteduh yang selesa menjadi kenyataan apabila rumah mereka terpilih dalam Program Menghubung Menyatu (CTU) frasa 2.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Azahar Ismail menyatakan Perluasan skop CTU membawa agensi kerajaan bersama-sama rakyat terutama mereka yang kurang bernasib baik.

Keadaan rumah sebelum dibaiki.

Keadaan rumah sebelum dibaiki.

“Program Menghubung Menyatu (CTU) di negeri Kelantan sahaja terdapat 60 buah rumah yang dibaiki atau dibaik pulih.

“Projek perluasan CTU di Negeri Kelantan menelan belanja sebanyak RM1.5 juta termasuk dengan pengurusan dan penyerahan rumah,” katanya ketika merasmikan program tersebut, semalam.

Projek CTU ini merupakan inisiatif dibawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) bawah kelolaan Ketua Setiausaha KKMM.

“Ini merupakan frasa CTU yang kedua yang telah dijalankan setelah frasa CTU yang pertama telah selesai dan mendapat respon yang baik daripada penerima.

Azahar (kanan) menyerahkan plak penyerahan rumah kepada Noraizaini di kediamannya, di sini.

Azahar (kanan) menyerahkan plak penyerahan rumah kepada Noraizaini di kediamannya, di sini.

“Saya turut berasa gembira kerana rumah tersebut telah diberi pembaharuan yang selesa dan selamat untuk didiami,” tambahnya.

Noraizaini Abdul Wahid, 32, penerima bantuan rumah berkata beliau amat berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia kerana telah memilih rumah beliau sebagai salah satu projek perluasan CTU di Gua Musang ini.

“Saya terharu dengan nafas baru yang diberikan kepada kediaman ini dimana ianya lebih selesa daripada sebelumnya,” katanya.

Beliau juga turut menyatakan agar program seumpama ini dapat diteruskan untuk membantu golongan tidak berkemampuan sepertinya untuk turut merasai keselesaan yang diberikan oleh kerajaan.

-SH

Tinggalkan komen anda