Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pesta Kaul Mukah 2018 Martabatkan Budaya dan Adat Resam

By 23 April 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 23 April (Malaysiaaktif) – Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak dengan Kerjasama Pejabat Residen Bahagian Mukah akan menganjurkan Pesta Kaul Mukah 2018 pada 23 sehingga 29 April nanti.

Menurut jurucakap Jawatankuasa (JK) Pesta Kaul Mukah 2018, Royston Valentine, acara ini dimulakan dengan upacara Kaul Serahang Kakan yang akan diadakan pada 21 April (Sabtu).

Pesta Kaul Mukah 2018 pada 23 sehingga 29 April.

Pesta Kaul Mukah 2018 pada 23 sehingga 29 April.

“Upacara ini akan dimulakan dengan penghantaran Serahang Kakan, menyusuri Sungai Tellian dan merupakan simbolik bagi Kaul Mukah yang melibatkan masyarakat tempatan.

“Sementara itu acara perasmian dan penangguhan pesta yang dikenali ‘Keman Kaul’ pada 29 April oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud,” katanya semasa mesyuarat pesta tersebut di Bangunan Menara Pehin Setia Raja, di sini.

Pelbagai aktiviti menarik dirangka sepanjang pesta diadakan seperti Kaul Fishing Safari, Mukah Got Talent, pertandingan Teluwaih Jinih (ratu kaul), pertandingan ‘Lubak Salui Lukut’ dan macam-macam lagi.

Pada tahun ini, pihak penganjur akan lebih memberikan tumpuan kepada aktiviti yang berunsurkan kebudayaan dan adat resam.

“Tujuannya adalah untuk mendedahkan tentang kebudayaan dan adat resam kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada generasi Y.

“Bertemakan ‘Menjunjung Adat Memperkasa Tradisi’, pesta kali ini dijangka akan disajikan dengan pelbagai aturcara dan menerima kunjungan daripada lebih ramai pengunjung,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda