Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanPutrajaya

488,000 Penduduk Nikmati Kemudahan Program CTU Seluruh Negara

By 23 April 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

JELI, 23 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 488,000 penduduk di kawasan pedalaman seluruh negara telah menikmati kemudahan daripada Program Menghubung Menyatu (CTU) yang dilaksanakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Menurut Ketua Setiausaha KKMM Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, seramai 26,000 penduduk disasarkan untuk mendapat akses kepada sistem telekomunikasi termasuk siaran televisyen, radio serta internet
di seluruh negara.

“Kemudahan tersebut berjaya disediakan dengan kerjasama pelbagai pihak menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya sempena Program Menghubung Menyatu @ Jeli di Kampung Satura di sini semalam.

Sharifah Zarah (tengah) ditemani Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Jabatan Penerangan Makaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid (kiri) menyerahkan replika kunci rumah kepada penerima bantuan, di sini semalam.

Sharifah Zarah (tengah) ditemani Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Jabatan Penerangan Makaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid (kiri) menyerahkan replika kunci rumah kepada penerima bantuan, di sini semalam.

Sharifah Zarah berkata pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kementerian melalui program Perluas Skop NBOS-CTU.

“Pihak kementerian telah membina baharu atau membaik pulih 189 rumah penduduk miskin di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Sabah.

“Rumah mereka kini dilengkapi dengan kemudahan bekalan air, elektrik, perabot, barangan elektrik setta kelengkapan dapur untuk keselesaan mereka,” tambahnya.

Sharifah Zarah turut menjelaskan kemudahan telekomunikasi amat penting dalam usaha memastikan penduduk dapat berhubung dengan berkesan serta mendapat maklumat dengan tepat serta dapat membantu anak-anak dalam pendidikan.

Sementara itu, pemilik rumah yang mendapat rumah baharu daripada projek membaik pulih rumah ini, Che Zaidi Che Hasan, 52, begitu terharu kerana masalahnya mendapat perhatian pihak tertentu.

“Syukur dengan adanya rumah baharu ini kehidupan kami sekeluarga lebih baik. Rumah ini turut dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air serta kelengkapan-kelengkapan lain,” ujar petani kampung ini.

Tinggalkan komen anda