Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pusat Akuatik Petra Jaya Kuching Kini Dikenali Pusat Akuatik Pandelela Rinong

By 9 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Genda Sating          Foto : Chua Sim Choon (Kuching)

KUCHING, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Pusat Akuatik Petra Jaya Kuching kini dengan rasminya kini dikenali sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong.

Majlis Penamaan Semula ini disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pusat Akuatik Petra Jaya, di sini semalam.

Abang Johari merasmikan kompleks Pusat Akuatik Pandelela Rinong, di sini semalam.

Abang Johari merasmikan kompleks Pusat Akuatik Pandelela Rinong, di sini semalam.

Menurut Abang Johari, bagi menghargai kejayaan yang dicapai oleh Pandelela Rinong, kerajaan negeri sejak Allahyarham Tun Adenan Satem atau Tok Nan menjadi Ketua Menteri dahulu sememangnya berhasrat menjenamakan semula pusat akuatik tersebut.

“Memang menjadi hasrat menamakan pusat akuatik tersebut sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong dan berharap kejayaan yang diperolehi Pandelela Rinong selama ini dapat menjadi inspirasi kepada golongan muda,” ujarnya ketika merasmikan majlis tersebut.

Abang Johari turut memaklumkan telah mengadakan perbincangan bersama Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bagi membesarkan Kompleks Sukan Petra Jaya.

Datuk Abdul Karim (kiri) dan Pandelela Rinong (dua dari kiri) ketika menyampaikan cenderamata kepada Ketua Menteri (kanan).

Datuk Abdul Karim (kiri) dan Pandelela Rinong (dua dari kiri) ketika menyampaikan cenderamata kepada Ketua Menteri (kanan).

“Kita bercadang membangunkan tiga lagi tapak sukan iaitu velodrom bagi kemudahan pelumba basikal, gelanggang bola tampar dan akademi badminton selain sukan ragbi yang dilihat berpotensi di negeri ini,” katanya.

Abang Johari turut menyampaikan insentif kerajaan negeri berjumlah RM500 ribu kepada Pandelela Rinong Pamg yang turut hadir diiringi kedua ibu bapa beliau.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hii Chang Kii, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri,Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan, Datu Dr Sabariah Putit dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Dr. Ong Kong Swee.

-SH

Tinggalkan komen anda