Skip to main content
HomeViral

Istana Negara Minta SPR Umum Segera Keputusan PRU14

By 10 Mei 2018Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Istana Negara telah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengumumkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz .

Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata ini bagi mengelakkan timbul sebarang spekulasi berkaitan keputusan berkenaan.

“PRU14 telah diadakan dalam suasana teratur dan harmoni di seluruh negara dan SPR telah melaksanakan tanggungjawab mengendalikan pilihan raya bagi menghidupkan amalan demokrasi di Malaysia.

“Justeru pihak Istana Negara meminta supaya keputusan PRU14 dapat diumumkan dengan kadar segera bagi mengelakkan timbul apa-apa spekulasi berkaitan dengannya,” katanya.

Tinggalkan komen anda