Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

SMK Mukah Johan Memanah MSSD

By 15 Mei 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Muhd Azizi Roslan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah menjadi johan dalam Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Peringkat Bahagian Mukah dalam kategori lelaki 18 tahun ke bawah yang berlangsung di Padang Sekolah SMK Oya di sini.

Menurut Penyelia Unit Ko-Kurikulum dan Sukan Pejabat, Pendidikan Daerah Dalat, Ismail Kram, berkata objektif kejohanan kali ini adalah untuk memilih peserta ke kejohanan memanah peringkat negeri dan mempopularkan sukan memanah dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kejohanan yang diadakan di Padang SMK Oya ini disertai sebanyak 14 buah sekolah iaitu sembilan buah sekolah menengah dan lima buah sekolah rendah.

“Seramai 64 orang peserta telah mengambil bahagian yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu lelaki 18 tahun ke bawah, perempuan 18 tahun ke bawah, lelaki 12 tahun ke bawah dan perempuan 12 tahun ke bawah,” katanya semasa merasmikan majlis penutup program berkenaan baru-baru ini.

Sementara itu di tempat kedua dimenangi Fereric Asim dari SMK Oya dan Michael Hii Siong Fong dari SMK TPDHN Daro menduduki tempat ketiga.

Pemenang kategori perempuan 18 tahun ke bawah ialah Zakiah Hadenan dan Tan Chai Ching dari SMK TPDHN Daro yang meraih tempat pertama dan kedua sementara Siti Nursyamina Edrus dari SMK Oya menduduki tempat ketiga.

-SH

Tinggalkan komen anda