Kek Lapis Borneo Menu Pilihan Di Aidilfitri

IMG-20180521-WA0023

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat (Sabah)

 

PUTATAN, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Belum pun seminggu umat Islam berpuasa, tetapi kemeriahan suasana lebaran sudah dirasai di sana sini.

Radio-radio sudah memutarkan lagu-lagu Aidilfitri, malahan rata-rata tempahan menjahit baju raya sudah ditutup sebelum Ramadan tiba.

IMG-20180521-WA0014

Namun begitu, dengan kesibukan menjalani rutin harian, ramai ibu-ibu yang lebih gemar membeli sahaja kuih-muih, melihat Sarawak yang terkenal dengan kek lapis, ternyata menu tersebut turut menjadi pilihan warga Sabah untuk dihidangkan kepada tetamu.

Mengambil berkat seorang ibu, Pemilik D’ita Kek Lapis Borneo, Muhd Dhirar Affendi, 31 meletak nama ibunya di pangkal jenama kek lapisnya, mengambil berkat ilmu yang diturunkan oleh ibu sehingga dia dapat membuka perniagaan sendiri di Sabah.

Muhd Dhirar Affendi

Muhd Dhirar Affendi

“Saya merupakan generasi kedua menyambung legasi ibu dan ayah dalam perusahaan kek lapis ini dan saya mulakan sendiri di sini sejak 2009 sesudah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).

“Keunikan Aidil fitri di Sarawak, kek lapis pasti ditemui di musim-musim perayaan memenuhi meja untuk dihidangkan kepada tetamu.

“Kek lapis ini banyak permintaan di Sarawak banyak saingan tetapi juga banyak saingan, di luar Sarawak juga banyak permintaan tetapi pelanggan biasanya mahukan kek yang segar, cepat di peroleh tanpa perlu menunggu tempoh pengeposan.

IMG-20180521-WA0019

“Sebab itu kami buka di Sabah supaya orang tempatan atau dari semenanjung yang datang ke Sabah boleh mendapatkan kek yang segar tanpa perlu membayar wang pos,”katanya.

Menurut Muhd Dhirar, kek lapis mereka mempunyai 30 pilihan dan yang selalu mendapat permintaam yang tinggi ialah Masam Manis, Kek Lumut, Marble Cheese, Horlicks dan banyak lagi.

“Kami ada kek roll yang dimasak menggunakan coklat premium, biasanya ia perlu dua kali kerja dimana selepas dilapis, ia perlu digulung pula.

Proses membuat kek lapis

Proses membuat kek lapis

“Kek lapis biasanya mengambil masa yang lama untuk dibuat dalam tempoh 4 hingga 5 jam, manakala yang kek roll pula perlu tambahan 2 hingga 3 jam lagi.

“Semua itu disiapkan oleh 11 orang pekerja dengan menggunakan 10 buah ketuhar khas yang kami beli dari luar negara,”jelasnya.

Tambahnya juga, permintaan akan meningkat pada musim perayaan mencapai sehingga 20 ribu biji kek lapis, dan dia mendapat bantuan 30 agen dari seluruh Sabah.

Muhd Dhirar berkata, kek lapis akan bertahan lebih daripada enam bulan jika disimpan dalam penyejuk beku dengan syarat tidak bercampur dengan makanan lain.

IMG-20180521-WA0017

“Jika disimpan di peti sejuk pula, ia mampu bertahan sehingga sebulan sebab keadaan peti sejuk yang kita sentiasa buka dan tutup untuk mengambil barangan.

“Selain itu, kek lapis sesuai dihidang untuk tetamu kerana warna serta coraknya yang menarik serta menjadi tarikan, rasanya juga berbeza dengan kek yang lain.

“Kek kami juga dibuat menggunakan butter dan marjerin, kami sediakan pilihan sebab kalau semuanya menggunakan butter, harga kek akan menjadi mahal dan kami risau pelanggan tidak mampu beli sedangkan kami mahu semua dapat rasa kek lapis sarawak ini,”ujarnya.

 

Katanya juga, adunan memainkan peranan untuk mendapatkan kek yang lembap dan cara membakar juga perlukan penjagaan api yang betul supaya kek tidak kering ataupun hangus.

Kek dibakar dengan api yang betul supaya kek tetap lembab ketika dimakan

Kek dibakar dengan api yang betul supaya kek tetap lembab ketika dimakan

Muhd Dhirar juga sangat menitikberatkan disiplin para pekerja ketika berada di bengkel dengan mewajibkan penggunaan apron dan sarung tangan, tangan perlu dicuci sebelum memulakan pekerjaan, tidak boleh merokok dan mesti memakai tudung kepada wanita.

Pelanggan yang datang ke premisnya juga biasanya di pelawa masuk ke bengkel untuk melihat sendiri cara pembikinan kek lapis dan kebanyakan yang datang pula merupakan pelancong yang dibawa oleh van pelancongan.

IMG-20180521-WA0024

Sebagai seorang usahawan, Muhd Dhirar turut bersyukur dengan pemansuhan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan baharu kerana banyak membantu mengurangkan kos bahan mentah.

“Sebelum ini apabila harga meningkat disebabkan GST, kami tidak menaikkan harga produk kami kerana tidak mahu pelanggan terbeban, jadi kami tanggung sahaja.

“Jadi bila GST dimansuhkan, kami sudah tidak perlu tanggung nilai GST lagi.

Berlainan pula jika pelanggan yang beli dari Sarawak, mereka perlu menanggung kos GST daripada pembelian kek dan juga GST daripada kos pos. Jadi harga kek akan menjadi lebih mahal.

“Berbeza dengan di sini, mereka boleh datang terus tanpa perlu menanggung kos pos, harga pula kami letakkan yang mampu di miliki, bermula dengan RM18 untuk saiz kecil dan RM90 untuk saiz 9 x 9 manakala kek roll pula RM25,”katanya.

Stok di simpan di penyejuk beku supaya tahan lama

Stok di simpan di penyejuk beku supaya tahan lama

Selain daripada warga tempatan, pelanggan yang pernah menempah kek  lapisnya berasal daripada Singapura dan Brunei manakala pelanggan yang datang ke premisnya akan membawa balik ke tempat asal mereka di London dan China.

Produk mereka juga turut di promosikan di website Agrobazaar Kedai Rakyat manakala Jabatan Pembangunan dan Perindustrian juga memberikan bantuan berbentuk geran  berjumlah RM15 ribu untuk pembelian mesin.

 

 

-MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...