Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Tingkat Perkhidmatan Negeri Melalui Kerjasama – Shafie

By 22 Mei 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan oleh: Hazlinah Samsir/ Foto: Jeffren Malaning(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Pencapaian perkhidmatan negeri dapat ditingkatkan lagi melalui kerjasama pelbagai peringkat.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dasar-dasar yang diperkenalkan perlu difahami bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

“Keperluan kita tidak hanya terbatas kepada kerjasama antara perkhidmatan awam dan swasta sahaja.

Shafie menjelaskan inspirasi kerajaan dalam meningkatkan perkhidmatan.

Shafie menjelaskan inspirasi kerajaan dalam meningkatkan perkhidmatan.

“Malah, pembuatan polisi juga perlu diselaraskan dengan kehendak rakyat kerana kita berkhidmat untuk mereka.

“Sekiranya dasar-dasar yang diperkenalkan dapat difahami, kerjasama dan sistem yang mencukupi mampu memberi kesan yang efektif kepada perkhidmatan negeri,” jelasnya dalam sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, pagi Selasa.

Tambah beliau, pertemuan bersama ketua-ketua jabatan di peringkat negeri juga telah dilaksanakan sebelumnya bagi menjelaskan halatuju pentadbiran.

Shafie dalam sesi soal jawab bersama media.

Shafie dalam sesi soal jawab bersama media.

“Saya baru sahaja mengadakan pertemuan dengan semua ketua jabatan peringkat negeri bagi menjelaskan halatuju pentadbiran yang baharu.

“Ia selaras dengan apa yang telah kita nyatakan dalam sesi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” katanya.

Beliau turut menjelaskan perubahan struktur mungkin akan berlaku bagi memenuhi kapasiti penyampaian perkhidmatan yang diinginkan rakyat.

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda