Skip to main content
Berita UtaraHome

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bakal Tunai 68 Janji Manifesto

By 24 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh : Nurhidayah Mohamad Zaher. / Foto : Shamsul Bahari Abd Shukor. ( Pulau Pinang )

 
GEORGE TOWN, 24 Mei ( Malaysiaaktif ) –   Perkara pertama yang diumumkan adalah mengenai portfolio barisan Exco Negeri. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, walaupun sudah mengagihkan portfolio kepada semua exco tetapi mereka masih terbuka untuk menerima sebarang penambahbaikan dari pihak kerajaan persekutuan kerana sehingga kini, terdapat beberapa perkara masih dalam proses perbincangan di kalangan Jemaah Menteri.

WhatsApp Image 2018-05-23 at 19.15.04 (1)Penyelarasan portfolio antara Exco Negeri dan Jemaah Menteri adalah bertujuan memudahkan semua urusan pelaksanaan pada masa akan datang dan mengelakkan sebarang kekeliruan serta semua urusan dapat dilakukan dengan baik.

Seterusnya, beliau memohon semua exco untuk bersama-sama menunaikan janji Pakatan Harapan (PH) dalam Manifesto PRU-14 yang lalu sebanyak 68 janji. Pembahagian tugas di kalangan exco telah dilakukan bagi memastikan semua janji tersebut dapat dilaksanakan di bawah portfolio masing-masing dalam masa lima tahun pertama pemerintahan PH. Salah satu janji yang akan dilaksanakan dengan kadar segera ialah Jawatan Ketua Menteri akan dihadkan kepada 2 penggal sahaja jika PH menang dalam PRU dengan majoriti dua per tiga. Ini akan melibatkan pemindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang pada klausa tertentu.

WhatsApp Image 2018-05-23 at 19.15.05“Mekanisma memantau prestasi semua Wakil Rakyat, Exco dan Ahli Majlis akan diwujudkan dengan satu sistem yang berdasarkan kepada pencapaian KPI oleh mereka”, tambah Chow pada sidang media semalam.

WhatsApp Image 2018-05-23 at 19.15.04“Barisan Exco juga bersetuju untuk melantik Teh Lai Heng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkuat kuasa pada hari ini”, kata Chow lagi.

 

-AZR-

Tinggalkan komen anda