Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

BSMM Daerah Penampang Raih Pelbagai Anugerah, Latih Kepimpinan Pelajar

By 27 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/ Foto: Azman Jumat(Sabah)

 

PENAMPANG, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Pencapaian pelbagai anugerah dan penganjuran pelbagai aktiviti oleh Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) Daerah Penampang di lihat dapat melatih belia menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.

Leslie Chan Boon Siang

Leslie Chan Boon Siang

Menurut Pegawai Penjaga Belia BSMM daerah Penampang, Leslie Chan Boon Siang jumlah ahli belia di daerah tersebut seramai 864 orang yang terdiri daripada empat buah sekolah iaitu SM St. Michael, SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Limbanak dan SMK Bahang.

“Banyak pencapaian yang berjaya di raih pada tahun-tahun sebelumnya antaranya seperti Juara Pertandingan Perbarisan dan Persembahan Peringkat Negeri Sabah Sempena Hari Palang Merah Sedunia 2014.

image11

“Selain itu, meraih Peserta Terbaik Sempena Perkhemahan Belia Peringkat Negeri Sabah 2014, 2016 dan 2017 juga Juara Pertandingan Perbarisan MSSD Penampang sejak 2013 hingga kini.

“Paling membanggakan adalah Unit BSMM SK St Theresa dan SK St. Aloysius telah dipilih daripada BSMM Cawangan Sabah dan Jawatan kuasa Palang Merah (ICRC) untuk mengadakan program kesihatan dan kebersihan pertama.

“Program ini bertujuan unuk mengajar kanak-kanak sekolah rendah cara mencegah jangkitan kuman seperti keracunan makanan dan menjaga kebersihan diri secara langsung dan praktikal,”jelasnya.

image7

Tambah Leslie, Unit Belia BSMM Penampang juga menjalankan pelbagai aktiviti setiap tahun seperti Kem Kepimpinan Belia Peringkat Daerah serta Kursus Cegah Kebakaran Ujian Kem Kraf, Ujian Rawat Kaki serta bertugas sebagai ahli pertolongan cemas dan sebagainya.

Katanya juga, dengan penganjuran tersebut, diharap belia mendapat pengalaman yang lebih mendalam dari pelbagai aspek dan sentiasa berkhidmat mengikut prinsip BSMM iaitu sukarela dan kemanusiaan.

Leslie di temui pada Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Belia dan Angkat Sumpah Unit BSMM SM St Michael pada sabtu yang dirasmikan oleh Pengerusi BSMM Penampang, Datin Seri Panglima Celestina K Jinu.

image13

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan yang sah kepada semua guru-guru penasihat unit BSMM yang melaksanakan aktiviti-aktiviti di sekolah.

Angkat Sumpah adalah satu program yang wajin diadakan mengikut perlembagaan BSMM Kebangsaan supaya semua guru penasihat dan belia mendapat sijil keahlian dan menjadi ahli BSMM yang sah.

Dalam pada itu, Celestina berharap agar belia akan terus aktif menyertai aktiviti yang di anjurkan samada di peringkat daerah atau negeri.

Menurutnya juga, belia merupakan tulang belakang yang menjadi aset kepada Pergerakan Palang Merah Malaysia dan mencungkil bakat mereka dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.

Screenshot_2018-05-26-23-57-07-01

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BSMM Daerah Penampang merangkap Pengarah BSMM Negeri Sabah, Simon Chin; Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Penampang, Chan Chee Houw; Pengetua SM St Michael, Jennifer Asing; Ketua Guru Penasihat UBSMM SM St Michael, Vivianna Tian; Pengerusi Pengelola Majlis Angkat Sumpah, Seri Rahayu Edina Iskandar.

 

-MRR


 

Tinggalkan komen anda