Belia digalak jalani ujian saringan Talasemia

5

 

Laporan oleh: Zaidi Jamin (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 30 Mei (Malaysiaaktif) –  Orang ramai khususnya golongan belia adalah digalakkan menjalani ujian saringan talasemia lebih awal di hospital kerajaan mahupun di klinik kesihatan berdekatan bagi mengetahui status kesihatan mereka.

Pelbagai program pendidikan kesihatan mengenai penyakit talasemia terus dipergiat- Dr. Heric Corray

Pelbagai program pendidikan kesihatan mengenai penyakit talasemia terus dipergiat- Dr. Heric Corray

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Heric Corray berkata, golongan belia khususnya yang belum berkahwin atau yang bakal mendirikan rumahtangga seharusnya menjalani ujian saringan talasemia lebih awal dan maklum akan status kesihatan mereka.

Dengan berbuat demikian, kita yakin kelahiran anak pesakit talasemia dapat
dikurangkan kerana penyakit talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi
daripada ibubapa dan diturunkan kepada anak.

Heric berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Talasemia Peringkat HQE bertempat di Auditorium, Menara Berkembar HQE baru-baru ini.

Francis dan Dr. Gilbert merakamkan gambar kenangan bersama para pesakit talasemia serta jururawat yang turut sama menjayakan program

Francis dan Dr. Gilbert merakamkan gambar kenangan bersama para pesakit talasemia serta jururawat yang turut sama menjayakan program

Mengikut sumber Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dianggarkan 3 hingga 5 peratus penduduk Malaysia (antara 780,000  hingga 1.3 juta orang) merupakan pembawa penyakit genetik ini, dan 120 hingga 350 bayi talasemia dilahirkan setiap tahun.

Tambahnya, talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang mengganggu
pembentukan sel-sel darah merah yang normal.

“Masalah utama yang dihadapi oleh pesakit talasemia berpunca apabila sel darah merah mudah pecah atau musnah dalam darah.

“Kerosakan sel-sel darah merah ini akan menghasilkan bahan zat besi secara
berterusan dan bertumpuk di beberapa organ penting dalam badan antaranya hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin sekali gus merosakkan fungsi organ berkenaan.

Sebahagian daripada pegawai perubatan serta jururawat yang hadir memeriahkan Sambutan Hari Talasemia Peringkat HQE.

Sebahagian daripada pegawai perubatan serta jururawat yang hadir memeriahkan Sambutan Hari Talasemia Peringkat HQE.

“Mereka yang disahkan menghidap talasemia major yang dikenalpasti mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan memerlukan transfusi darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat mereka.

“Kebiasaanya pesakit talasemia mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10 gram per desiliter,” jelas Heric.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak hospital sendiri akan terus mempergiat dan mengadakan pelbagai program pendidikan kesihatan mengenai penyakit talasemia termasuklah di kalangan warga HQE sendiri.

3

 

 

“Antara objektif sambutan kali ini juga bertujuan memberi galakkan kepada para belia yang belum berkahwin untuk menjalani ujian talasemia bagi mencegah penyakit ini diwarisi terus kepada generasi baru terutama golongan kanak-kanak.

“Dengan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat umum mengenai penyakit talasemia, sudah pasti kelahiran bayi tanpa gen talasmia dapat dikurangkan berpandukan kaedah bersesuaian,” jelasnya.

Dengan tema ‘Talasemia masa lalu, sekarang dan masa depan : amalan negara, kemajuan dan peningkatan pengiktirafan hak-hak pesakit’ sambutan Hari Talasemia peringkat HQE didahului dengan sesi ceramah mengenai penyakit talasemia di Sabah disampaikan oleh para pegawai perubatan daripada Unit Hematologi diketuai Dr. Gilbert Wilfred, diikuti ceramah oleh Dr. Hairunnisa Md. Amjad daripada Unit Perubatan Transfusi Darah.

Clarice .. antara panel penceramah yang dijemput khas menyampaikan ceramah motivasi

Clarice .. antara panel penceramah yang dijemput khas menyampaikan ceramah motivasi

Majlis turut mengundang Pegawai Psikologi daripada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Clarice Andrewsibun untuk menyampaikan ceramah motivasi.

Antara yang disentuh sepanjang ceramah termasuklah cabaran dan rintangan berpandukan pengalaman beliau selaku pesakit mahupun pegawai perubatan.

Clarice turut mengingatkan para pesakit talesemia agar terus cekal demi kelangsungan hidup.

Tambahnya kecerdasan emosi setiap saat kalangan pesakit talasemia adalah penting kerana kecerdasan ketika ini sudah pasti menjadi penentu kepada kehidupan dan kejayaan seorang pesakit dalam segala hal.

Hadir sama pada majlis adalah Pengerusi Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim serta pegawai-pagawai kanan hospital.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian kalangan pesakit talasemia serta pameran dan program menderma darah di luang lobi hospital.
-MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...