Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeWilayah Persekutuan

Kebebasan Media, Suara Kepada Rakyat

By 29 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto oleh Norizah Haji Jadid dan Norlydiana Ishak ( Kuala Lumpur )

 

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Malaysiaaktif) – “Media merupakan platform utama suara kepada rakyat dan kerajaan perlu bersedia menerima sebarang kritikan bagi membolehkan kita melakukan pembaharuan,” kata Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Wisma Bernama di sini, pagi semalam.

Cenderahati oleh Pengerusi BERNAMA Datuk Seri Azman Ujang kepada Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia

Cenderahati oleh Pengerusi BERNAMA Datuk Seri Azman Ujang kepada Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia

“Rakyat perlu diberi ruang melontarkan pandangan termasuk pihak sebelah sana (pembangkang) juga perlu diberi ruang supaya rakyat boleh membuat penilaian sendiri,” kata beliau lagi.

Kebebasan media merupakan aspek utama pembaharuan yang akan dilakukan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Setiap cadangan dan pandangan serta idea-idea daripada agensi-agensi media akan sentiasa diambil kira. Infrastruktur agensi media di negara ini akan dinaik taraf untuk membolehkan mereka bersaing dengan agensi media antarabangsa.

“Media di negara ini perlu diberi lebih kebebasan untuk membuat liputan termasuk mengkritik kerajaan. Pihak kerajaan akan memastikan mereka mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Semua undang-undang berkaitan media akan dikaji semula dan ditambah baik,” ujar beliau.

IMG-20180529-WA0017

Beliau turut memaklumkan bahawa cadangan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat Jun ini. Pihak Kementerian sedang menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan serta mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara.

Menjawab pertanyaan pihak media berkaitan siaran langsung Piala Dunia 2018 yang akan bermula pada 14 Jun 2018, beliau memaklumkan bahawa pihak KKMM telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan bagi memohon kebenaran dan akan di bawa ke Kabinet.

Turut hadir ialah Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang, Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Sebelum itu, Gobind telah membuat lawatan ke RTM dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) sebelum ke Bernama sempena lawatan kerja beliau ke agensi-agensi media di bawah KKMM.

 

-AZR-

Tinggalkan komen anda