Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHome

Projek Terbengkalai Dapat Perhatian Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

By 30 Mei 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto Oleh : R. Balakrishnan. ( Pulau Pinang )
NIBONG TEBAL, 30 Mei  ( Malaysiaaktif )- Seramai 1,138 orang pembeli rumah di Taman Halaman Indah, Mukim Jawi, Daerah Seberang Perai Selatan di sini bakal menerima kunci rumah masing-masing menjelang Aidilfitri tahun ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin turun padang bertemu dengan para pembeli rumah tersebut baru-baru ini.

Setelah lapan tahun menanti untuk pindah kerumah baru, kini nampak hasil positif dan mereka yakin Kerajaan Pakatan Harapan dapat menyelesaikan masalah berpanjangan yang dialami mereka.

Menurut Puan Suriani, Setiausaha Persatuan Pembeli Rumah, Projek Taman Halaman Indah, ramai pembeli kini membayar ansuran bulanan melalui potongan gaji dan bayaran melalui bank. Terdapat segelintir daripada pembeli yang duduk di rumah sewa dan ada juga daripada mereka telah meninggal dunia.

WhatsApp Image 2018-05-27 at 17.11.07 (1)Zuraida juga telah mengadakan pertemuan tertutup bersama Kontraktor, Pemaju Perumahan, MPSP, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan wakil pembeli rumah pada pagi ini. Turut hadir sama dalam perjumpaan tersebut adalah ini peguam bagi kedua-dua belah pihak, termasuk beberapa Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Nibong Tebal dan ADUN-ADUN tempatan.

Menurut Puan Suriani lagi, pecahan pembeli rumah di situ ialah 55% kaum Cina, 45% kaum Melayu dan 5% kaum India. Lebih 100 orang pembeli hadir dalam perjumpaan tersebut dan mereka amat berharap agar Kerajaan Baru Pakatan Harapan dapat menyelesaikan masalag ini dari terus berpanjangan.

WhatsApp Image 2018-05-27 at 17.11.24 (1)Zuraida telah mengarahkan Cawangan Kejuruteraan MPSP untuk menyelesaikan isu teknikal pada atau sebelum 31 Mei 2018. Jika semua perancangan berjalan lancar maka menjelang pada hujung bulan Jun 2018 hampir 170 orang pemilik rumah akan menerima kunci masing-masing.

Zuraida selepas sidang medianya bersama para pembeli telah sempat melawat ke rumah yang telah siap dibina. Harapan dan hasrat para pembeli rumah ialah pertemuan dengan menteri  akan memberi sinar baharu dalam kemelut isu perumahan ini.

 

-AZR-

Tinggalkan komen anda