Skip to main content
Berita TempatanHomeWilayah Persekutuan

RON95 dan Diesel Ditetapkan Kekal Pada Harga Semasa

By 31 Mei 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel akan dikekalkan pada harga semasa iaitu masing-masing pada kadar RM2.20 dan RM2.18 seliter.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu sidang media di sini menjelaskan harga runcit petrol RON97 akan dikekalkan pada harga semasa RM2.47 seliter sehingga 6 Jun 2018.

“Bermula 7 Jun nanti, harga runcit petrol RON97 akan ditetapkan berdasarkan harga pasaran dan disemak secara mingguan setiap hari Khamis mengikut kaedah apungan terurus,” katanya.

Guan Eng turut menjelaskan bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan 2018 akan dibentangkan sebaik Perbahasan Titah Diraja, Sidang Parlinen ke-14 selesai.

“Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan akan dilaksanakan mulai 1 September nanti tertakluk kepada semua urusan perundangan diselesaikan.

“Dalam memastikan hutang nasional terkawal, Kerajaan Persekutuan akan menunaikan janji, khususnya pemberian subsidi petrol bersasar, Skim Caruman KWSP kepada suri rumah, serta peningkatan gaji minimum apabila kewangan bertambah baik nanti,” ujarnya lagi.

 

Tinggalkan komen anda