Skip to main content
Berita TengahHome

Projek Pembangunan Sri Perlis 2 Dihentikan

By 4 Jun 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan, Foto & Video oleh Herman Hamid ( Kuala Lumpur )

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Malaysiaaktif) – “Penduduk Perumahan Awam (PA) Sri Perlis 2, Titiwangsa tidak dimaklumkan secara terus oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai pembangunan yang akan dijalankan di penempatan mereka”

WhatsApp Image 2018-06-04 at 10.45.10Ujar Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun ketika turut hadir semasa bantahan terbuka penduduk PA Sri Perlis 2 kepada media mengenai isu cadangan Pembangunan Semula PA Sri Perlis 2 pada 3 Jun 2018 (Ahad), jam 3.00 petang di Dataran terbuka Perumahan Awam Sri Perlis 2.

Jelas Rina, “Pihak Datuk Bandar juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan penduduk ingin mengadakan perbincangan secara telus bersama pihak DBKL”.

Tambah beliau lagi “Penduduk Seri Perlis 2 telah tinggal di sini hampir 40 tahun dan adalah tidak adil jika pembangunan yang ingin dijalankan tidak di bincangkan bersama penduduk setempat”.

WhatsApp Image 2018-06-04 at 10.44.31Rina menambah, perjumpaan terakhir bersama DBKL telah diadakan pada 31 Mei lepas bersama Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur dan pihak DBKL telah bersetuju untuk menghentikan projek pembangunan ini.

“Namun, papan tanda mengenai projek pembangunan ini telah dipacakkan semalam dan ini mendatangkan kerisauan kepada penduduk di Sri Perlis 2”,ujar beliau lagi.

Zainal Abidin Mohd Yassin ketika di temubual wartawan.

Zainal Abidin Mohd Yassin ketika di temubual wartawan.

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Pemilikan Perumahan Awam Sri Perlis 2, Zainal Abidin Mohd Yassin, bantahan mengenai isu pembangunan di perumahan ini telah dibuat sejak tiga tahun lalu bersama Mantan Ahli Parlimen yang lepas.

“Namun, pihak DBKL mengambil tidak serius perkara ini dengan menjual tanah perumahan ini dan mengetepikan kepentingan penduduk”.

Papan tanda cadangan projek di atas tapak perumahan ini telah dinaikkan semalam dengan hasrat merobohkan kediaman yang diduduki sekarang dan menghalau penduduk.

Tambah Zainal Abidin lagi “Laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dibuat oleh penduduk di atas faktor keraguan kaedah penjualan tanah kepada pihak pemaju. Ini juga susulan dari laporan daripada ahli Ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur kepada SPRM berhubung 64 lot tanah yang telah di jual milik DBKL”.

“Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu sebagai Perdana Menteri ke Empat beliau pernah menyatakan bahawa PA mahu diberikan pemilikan dan penduduk berharap agar beliau dapat melaksanakan pada kali ini sebagai Perdana Menteri Ke Tujuh “katanya kepada Malaysiaaktif .

 

-AZR-

Tinggalkan komen anda