AMANAH Tubuh Penaja Parti Parlimen Sibu dan Igan

amanah3

 

 Laporan dan foto :Mohd Baharruddin Mohamad / Remmy Sukup (Sarawak)

SIBU, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Ahmad Tarmizi Mohmed @ Wasli dilantik menjadi Pengerusi Penaja Parti Amanah Parlimen Sibu, sementara Ahmad Shahranie Ahmad Fauzi dilantik Timbalan Pengerusi  manakala  Naib Pengerusi disandang Ishammuudin Hadi.

Sementara itu, Pengerusi Penaja Parti Amanah Parlimen Igan pula disandang oleh  Hud Andri Zulkarnaen dibantu oleh Julaihi Suhaili sebagai Timbalan Pengerusi dan Setiausaha disandang Siti Asmah Ahmad.

Menurut Hud Andri Zulkarnaen, dengan tertubuhnya penaja di dua kawasan ini, ia mampu memberi impak yang besar dan luas untuk Amanah Sarawak dalam menjalankan aktiviti parti bagi mendekati rakyat pada segenap pelusuk dan lapisan masyarakat.

“Parti Amanah Negara merupakan sebuah ‘multiracial party’ yang berlandaskan politik Islam. Dasar utama parti adalah untuk  memartabatkan serta menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan.

“Mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua, melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik selari dengan tuntutan prinsip amanah, ‘Keadilan, Kesaksamaan, Kecekapan dan Ketelusan,” katanya sempena sidang Media Pelancaran Penubuhan Parti Amanah Negara Parlimen Sibu dan Parlimen Igan di sebuah hotel, di sini semalam.

Parti Amanah Sarawak ditubuhkan pada 16 September 2015 dan telah bertanding di 13 kerusi pada PRN Sarawak yang lalu manakala dalam PRU14, AMANAH telah bertanding di 6 kerusi parlimen.

“Parti Amanah Negara Negeri Sarawak walaupun dalam usia yang masih baharu di negeri ini, namun sedang giat melebarkan sayap dengan menubuhkan kawasan dan cawangan, selaras dengan matlamat dan hala tuju parti.

“Kami berharap dengan tertubuhnya Ahli Jawatankuasa Penaja Parti Amanah di kedua-dua parlimen ini, kami yakin akan mampu bekerja mendekati rakyat dengan lebih efektif dan efisien,” ujarnya lagi.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...