Sepersalinan Syawal Untuk Ibu

IMG-20180605-WA0012

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Agak terusik perasaan apabila mendengar hasrat Nurul Sharianey Taylor, 14 yang ingin mendapatkan sepersalinan pakaian buat ibunya untuk dipakai di pagi lebaran tahun ini.

Nurul Sharianey T

Nurul Sharianey Taylor

Anak bongsu daripada lapan adik beradik itu lebih mengutamakan keperluan ibunya tatkala rakan-rakan yang lain sibuk mencari untuk diri sendiri.

“Ayah meninggal akibat kanser, jadi kami di besarkan oleh ibu. Untuk mengurangkan bebanannya, saya memohon untuk belajar di Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) dan tinggal di asrama.

“Ibu bekerja hanya sebagai tukang sapu, setiap hari dia berulang alik dari rumah kami di Papar ke bandar Kota Kinabalu untuk bekerja, walaupun tidak begitu sihat.

Menerima sumbangan daripada Amran

Menerima sumbangan daripada Amran

“Sebelum ini, ibu berniaga makanan di gerai kampung, tetapi akibat khianat, ibu sakit akibat perbuatan mistik, bayangkan dengan kudrat yang ada, ibu turut menyara nenek dan empat beradik yang masih bersekolah.

“Sebab itu lah saya bersyukur terpilih menerima sumbangan daripada Jakel, tapi saya utamakan pakaian untuk ibu dahulu, lagipun adik beradik yang lain pun pasti tiada baju raya, nanti saya rasa tidak selesa,”jelasnya perlahan.

Tekadnya selepas habis belajar, dia ingin menjadi doktor agar dapat membantu mengubat sakit ibunya yang banyak berkorban untuk mereka adik beradik.

Sharianey ditemui ketika menerima sumbangan pakaian bersama 23 lagi rakan atlet SSMS di Jakel Silk House, Alam Mesra siang tadi.

Hafizah Abdul Rahim

Hafizah Abdul Rahim

Sementara itu, guru akademik SSMS, Hafizah Abdul Rahim berkata pelajar-pelajar yang terpilih untuk menerima sumbangan daripada Jakel terdiri daripada keluarga yang tidak berkemampuan dan anak yatim piatu.

“Pelajar-pelajar kami merupakan pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan dan juga akademik, ini dapat di lihat dalam keputusan SPM tahun lepas, SSMS antara sekolah sukan yang terbaik di Malaysia.

IMG-20180605-WA0009

“Ini merupakan tahun ke empat pelajar-pelajar SSMS dibawa untuk membeli-belah di Jakel Silk House dan selain membeli belah, kami turut menjalankan majlis iftar dan penyampaian sumbangan kepada pelajar lain yang miskin di sekolah.

“Mewakili pihak pentadbiran sekolah, saya ingin mengucapkan terima kasih pada pihak Jakel kerana sudi berkongsi rasa dan rezeki bersama dengan anak-anak SSMS yang kurang berkemampuan.

“Kami juga amat berbesar hati sekiranya program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan,”katanya.

Dalam pada itu, menurut Pengurus Jakel Silk House, Muhammad Aizad Shamsuddin, program yang dijalankan itu tidak 100 peratus tajaan daripada pihak Jakel.

Muhammad Aizad Shamsuddin

Muhammad Aizad Shamsuddin

“Ada orang perseorangan yang menaja pihak SSMS di mana di pihak kami menawarkan potongan diskaun sebanyak 50 peratus daripada item yang di ambil oleh pelajar.

“Sebagai contoh pelajar lelaki mengambil satu pasang baju Melayu beserta songkok manakala pelajar perempuan kami bagi baju kurung beserta tudung.

IMG-20180605-WA0002

“Pelbagai aktiviti yang kami jalankan sepanjang Ramadan seperti Program bersama Rumah Amal, Program Bubur Lambuk, Kempen Derma Darah, dan akan datang juga Program bersama anak yatim,”ujarnya.

Tambahnya juga, pihak Jakel ada menyediakan dana kebajikan setiap kali Ramadan tetapi atas kekangan masa tidak dapat mencari penerima yang memerlukan bantuan.

“Kami berharap masyarakat di luar dapat bekerjasama dengab kami sama ada kami menyumbang 100 peratus atau jika ada pihak yang ingin menyumbang, kami menawarkan tajaan dari segi diskaun.

IMG-20180605-WA0010

“Kami juga berharap apa yang kami buat ini dapat memberi kesedaran pada masyarakat luar agar mereka bersama-sama dapat membantu golongan yang memerlukan.

Turut bersama, Pengarah Jakel Silk House Sabah, Mohd Amran Mohd Nor.

 

-MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...