Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Unit Khidmat Pelanggan HQE, HQE II Iftar Ramadan bersama

By 10 Jun 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Zaidi Jamin
KOTA KINABALU, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Menyedari akan tugas dan tanggungjawab sebagai pengantara hubungan antara hospital dengan masyarakat, Unit Komunikasi Korporat, Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah mengambil pendekatan mengadakan majlis berbuka puasa.

Majlis yang melibatkan kakitangan Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) tersebut diadakan di Bangunan Klinik Pakar HQE pada jumaat.

Geraldine Voo

Geraldine Voo

Ketua Unit Komunikasi Korporat hospital, Geraldine Voo berkata, majlis berbuka puasa beramai-ramai di kalangan kakitangan unit PKP hospital bukan perkara baharu di kalangan mereka.

“Apa yang menarik majlis iftar Ramadan tahun ini diserikan dengan kehadiran anggota PKP daripada Hospital Queen Elizabeth II ( HQE II), Kota Kinabalu.

NO 7

“Dengan mengadakan majlis secara bersama, sudah pasti kemesraan dan
keakraban di kalangan kakitangan unit PKP terus diperkukuh walaupun ada diantara mereka terpaksa bertugas ketika masyarakat bergembira bersama keluarga menyambut hari lebaran,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Ketua Unit PKP, Mohd Hazrollah Hashim, program iftar khusus bersama kakitangan HQE II sudah lama dirancang dan dia bersyukur kerana mereka dapat hadir pada tahun ini.

Mohd Hazrollah Hashim

Mohd Hazrollah Hashim

“Dengan mengadakan progam bersama antara PKP hospital dan PKP HQE II sudah
pasti banyak pengalaman dapat dikongsikan bersama, selain terus mengeratkan hubungan antara unit kedua-dua hospital dari masa ke semasa.

“Tidak semua pihak mengetahui atau sedar pengorbanan petugas di Unit khidmat Pelanggan hospital dalam memastikan setiap panggilan pelanggan dilayan sebaik mungkin termasuklah ketika menikmati juadah berbuka puasa.

NO 4

“Walau dalam apa keadaan sekali pun, tugas PKP adalah harus memastikan setiap panggilan telefon dijawab dan disambungkan dalam tempoh 10 saat dan ianya harus dilaksana seberapa segera yang mungkin,”jelas Hazrollah.

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda