Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

42 Ahli DUN Pahang Angkat Sumpah Jawatan

By 3 Julai 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Pai Syahira Yahya (Pahang)

KUANTAN, 2 Jul  (Malaysiaaktif) – Seramai 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang mengangkat sumpah jawatan di Wisma Sri Pahang, di sini selepas Pilihan Raya Umum yang diadakan pada 9 Mei yang lalu.

Majlis mengangkat sumpah itu didahului Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, diikuti 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, serta Pakatan Harapan.

Manakala Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri ke -14 yang dilantik semula, Datuk Seri Ishak Muhamad turut menyaksikan perlantikan kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Saya akan mempertahankan dewan yang mulia ini, setiap ahli dewan boleh berbahas secara profesional dan pamerkan kehebatan dan kepribadian mulia, saya akan berpegang teguh kepada peraturan mesyuarat,” ujar Ishak dalam ucapan penangguhannya.

Sementara itu, ADUN Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar juga dilantik semula sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, BN kekal menerajui Pahang selepas menang 25 daripada 42 kerusi DUN diikuti PKR sebanyak sembilan kerusi dan PAS lapan kerusi.

-PK

Tinggalkan komen anda