Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Kontraktor Hospital Petra Jaya Bakal Ditamatkan Perkhidmatan

By 4 Julai 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Aishah Latip / Chua Coon Sim (Sarawak)

SAMARAHAN, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Kontraktor pembinaan Hospital Petrajaya Kuching, Zecon Engineering Berhad akan dicadangkan untuk ditamatkan perkhidmatan ekoran daripada kegagalan menyiapkan kemudahan rakyat tersebut yang sepatutnya siap pada 29 November 2016 lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad selepas mempengerusikan mesyuarat semalam berkata cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat kabinet setelah meneliti laporan serta maklumat daripada semua pihak yang berkaitan.

Dzulkefly turut melawat unit radiologi, Pusat Jantung HUS, ketika lawatan kerjanya semalam.

Dzulkefly turut melawat unit radiologi, Pusat Jantung HUS, ketika lawatan kerjanya semalam.

“Kontraktor yang telah diberi masa lanjutan sehingga penghujung tahun ini namun masih tidak mampu untuk menyiapkan keseluruhan projek tersebut.

“Projek ini bermula pada 23 Mei 2013 dan tarikh asal siap sepatutnya pada 29 November 2016, namun sehingga Jun 2018, perkembangan projek yang telah dijalankan hanya sebanyak 34.54 peratus,” katanya yang ditemui sempena lawatan kerjanya ke Sarawak.

Menurut Dzulkefly lagi, kesan daripada kelewatan projek tersebut, Hospital Umum Sarawak (HUS) terpaksa membuka wad tambahan yang tidak sempurna bagi menampung peningkatan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Dzulkefly turut mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Hospital Petra Jaya, Jabatan Kecemasan dan Trauma, HUS dan Pusat Jantung Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr. Azman Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Jamilah Hashim dan Pengarah Pusat Jantung HUS Dr. Mohd Asri Riffin.

– SH

Tinggalkan komen anda