Kebajikan Anggota Rela Dikaji Semula

Screenshot_2018-07-09-09-02-18-01

 

Laporan oleh: Asmidar Zainol/Foto: Nasrie Tapisil

KOTA KINABALU, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Kebajikan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bertugas di kawasan ESSCOM dan ESSZONE akan dikaji semula.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, kebajikan berkenaan bukan sahaja kepada bayaran tetapi juga latihan dan kelengkapan bertugas.

Azis turut menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal di majlis berkenaan.

Azis turut menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal di majlis berkenaan.

“Apa yang kita harapkan anggota Rela yang ditempatkan di ESSCOM dan ESSZONE ini diberikan latihan yang secukupnya sebagaimana pasukan keselamatan yang lain seperti tentera dan polis.

“Di samping itu juga mereka perlu diberikan kelengkapan yang sewajarnya bagi menghadapi ancaman penganas yang kita tahu boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Seperti yang kita tahu, bayaran kepada anggota RELA ini berbentuk elaun harian, jadi ini yang merisaukan kita dan insyallah saya akan bersuara tentang perkara ini kerana sudah sampai masanya anggota RELA yang ditempatkan di kawasan seumpamanya ESSCOM dan ESSZONE ini diberikan bayaran yang sepatutnya,”katanya.

Azis (dua dari kanan) memasukkan wang ke dalam Tabung Harapan Negara sebagai gimik penyerahan tabung berkenaan kepada Rela.

Azis (dua dari kanan) memasukkan wang ke dalam Tabung Harapan Negara sebagai gimik penyerahan tabung berkenaan kepada Rela.

Selain itu, Azis juga berharap kerajaan akan menyegerakan penempatan lima Batilion di kawasan ESSCOM dan ESSZONE.

“Melalui KDN kita akan membincangkan perkara ini agardapat disegerakan atasdasar keperluan kawasan yang masih dikategorikan sebagai kawasan darurat dalam memastikan keselamatan dapat dikawal?,” jelas beliau ketika ditemui media di Majlis Perjumpaan Warga Rela Sabah di sini pagi Sabtu.

Untuk rekod, kini terdapat 500 anggota Rela ditempatkan di 10 daerah bagi tujuan rondaan keselamatan.

Pada majlis tersebut, Azis turut menyerahkan sumbangan kepada 20 anak yatim dari Rumah Amal Kasih Kingfisher dan 10 ibu tunggal di sekitar Parlimen Sepanggar.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Rela Malaysia, Zulkifli Abidin dan Pengarah Rela Negeri Sabah, Mohammad Pauzi Jhumat.

 

 

 

-MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...