Skip to main content
Berita TempatanHomeWilayah Persekutuan

Lebih 600 Sumbangan Logo Hari Kebangsaan Diterima

By 9 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 9 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 632 logo daripada orang awam telah diterima sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun ini.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ kesemua logo ini telah disumbangkan melalui platform media sosial dan telah menjalani proses saringan untuk memilih 10 logo terbaik sebelum diangkat kepada pertimpangan Jemaah Menteri.

Menurut Profesor Datuk Raja Zahabuddin Raja Yaakob, selaku ketua juri, bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’, kriteria utama dalam penjurian kali ini adalah berdasarkan kepada kreativiti, keaslian ciptaan, serta rasional logo berdasarkan tema yang telah diberikan.

Raja Zahabuddin (kiri) dan Roffee ketika sesi saringan memilih 10 logo terbaik.

Raja Zahabuddin (kiri) dan Roffee ketika sesi saringan memilih 10 logo terbaik.

“Pertama sekali dalam penghasilan logo, ia mestilah sesuatu yang mudah untuk difahami. Ditambah pula dengan tema, jadi penyumbang logo harus jelas siapa atau apa yang hendak disayangi,” katanya ketika ditemui sempena majlis penjurian logo di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di sini semalam.

Zahabuddin turut teruja dengan konsep penganjuran kali ini yang berdasarkan kepada sumbangan bukannya pertandingan membuktikan manifestasi kasih sayang dan semangat patriotism masyarakat cukup membara dalam menyaksikan Malaysia sebuah negara yang baharu.

“Dengan adanya sumbangan seperti ini, kita dapat lihat hasil yang dihantar adalah benar-benar berkualiti dan membuktikan bahawa mereka yang menyertai program ini tidak mengharapkan kepada ganjaran mahupun habuan.

“Dengan tema kali ini, saya turut nampak peningkatan daripada segi idea dan juga konsep memang baik,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Lembaga Galeri Shah Alam.

Barisan juri terlibat : Dari kiri, Joseph Foo, Raja Zahabuddin dan Roffee Mohamad.

Barisan juri terlibat : Dari kiri, Joseph Foo, Raja Zahabuddin dan Roffee Mohamad.

Jabatan Penerangan Malaysia selaku urus setia program menjelaskan sumbangan logo yang diterima kali ini datangnya daripada pelbagai bangsa yang merangkumi segenap lapisan usia menetapi konsep daripada rakyat untuk rakyat.

Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka Jabatan Penerangan, Mohd Roffee Mohamad, penyertaan yang diterima kali ini adalah benar-benar daripada ikhlas kerana tiada satupun penyumbang bertanyakan tentang hadiah yang bakal mereka terima.

“Sebelum ini apabila kita menganjurkan pertandingan seumpama ini, lebih lumayan hadiah maka lebih banyak penyertaan diterima. Walaupun tiada sebarang ganjaran dijanjikan penyertaan yang kita terima cukup banyak, dengan ada yang hantar lebih daripada 19 penyertaan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran.

“Ini membuktikan tiada bezanya penyertaan yang melibatkan hadiah yang lumayan dengan konsep sumbangan kali ini, penyertaan yang diterima cukup meriah dan lebih penting ianya datang dari hati,” katanya yang turut menjadi juri sumbangan logo kali ini.

Turut diterima adalah penyertaan daripada golongan kurang upaya selain 46 logo yang dicipta secara lukisan tangan.

– SH

Tinggalkan komen anda