Perkasakan Luar Bandar, Tangani Penghijrahan Bagi Dapatkan Pekerjaan

IMG-20180712-WA0009

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat

KOTA KINABALU, 12 Jul (Malaysiaaktif) –  Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong ingin memperkasakan industri di luar bandar bagi mengurangkan pembaziran penghijrahan rakyat dari luar bandar ke bandar.

Menurutnya, penghijrahan tersebut akan mengakibatkan masalah sosial seperti pengangguran dan kewujudan setinggan di bandar dan pinggir bandar.

Jaujan ketika ditemubual pemberita

Jaujan ketika ditemubual pemberita

“Penjenamaan semula juga perlu dilakukan terhadap Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah(JPBW) kerana saya hendak tumpukan pembangunan di luar bandar pula.

“Masyarakat di luar bandar perlu hidup, mereka perlu mendapatkan pekerjaan tetap dan akhirnya mereka ke bandar untuk mencari pekerjaan yang sesuai,” ujarnya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, masyarakat di luar bandar kini ramai yang berpendidikan dan berpengalaman, kriteria demikian hanya sesuai di bandar.

Jaujan berbual bersama Mursidi(dua dari kanan)

Jaujan berbual bersama Mursidi(dua dari kanan)

“Sebagai kerajaan yang baharu, masalah ini kita dapat lihat dan sasaran kita di luar bandar adalah dari segi pembinaan rumah yang tersusun dan tumpuan kepada Industri Kecil dan Sederhana.

“Kita juga merancang agar kawasan luar bandar ini dilengkapkan dengan pelbagai perusahaan dan diperbanyakkan industri kilang samada besar atau sederhana serta di bina di tempat-tempat yang sesuai,” ujarnya.

Bergambar kenangan bersama kakitangan JPBW

Bergambar kenangan bersama kakitangan JPBW

Jaujan ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran JPBW pagi tadi di Wisma Tun Fuad Stephen.

Beliau turut berkesempatan melahirkan penghargaan kepada kepimpinan negara kerana melantik anak Sabah sebagai Ketua Hakim Negara buat pertama kalinya.

Katanya, pelantikan ini pastinya berdasarkan merit kerana Tan Sri Richard Malanjun merupakan seorang yang berkebolehan dan berpengalaman serta layak untuk menduduki tempat itu.

Salah seorang pesara yang menerima sijil penghargaan

Salah seorang pesara yang menerima sijil penghargaan

“Dari pandangan saya, sebelum ini banyak kepincangan dari segi perundangan di negara kita, sehingga saya cukup bimbang rakyat kurang yakin dengan soal perundangan.

“Saya harap dengan pelantikan ini akan memberi keyakinan balik kepada rakyat di Malaysia, memandangkan dalam negara kita ini ada tiga mahkamah iaitu mahkamah sivil, mahkamah syariah, manakala di Sabah dan Sarawak pula ada Mahkamah Anak Negeri.

“Sebab itu jugalah di tubuhkan Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri kerana banyak soal perundangan hak-hak rakyat Sabah melibatkan budaya dan kaum.

Berkesempatan meraikan hari lahir Mursidi.

Berkesempatan meraikan hari lahir Mursidi.

“Sesuai dengan ini saya rasa Tan Sri faham keadaan ini, justeru bukan sahaja dia melihat masalah di mahkamah sivik dan syariah malahan masalah di mahkamah anak negeri juga,”jelasnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengarah JPBW, Tpr. Mursidi Haji Sapie.

 

 

-MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...