Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanWilayah Persekutuan

KPDNHEP Labuan Terima Timbalan Pengarah Baharu

By 13 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Laporan: Nabilah Norasir & Kartika KismantoĀ Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Foto: KPDNHEP Labuan

LABUAN, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan (W.P.) Labuan telah mengadakan Majlis Penyerahan tugas Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai PenguatkuasaĀ  KPDNHEP Labuan, Mohd Fikri LaiĀ  Abdullah kepada Anual Kannari.

Majlis penyerahan ini disaksikan oleh Pengarah KPDNHEP W.P. Labuan, Arun Fazhillah Hamdan yang berlangsung di Bangunan Ujana Kewangan Labuan, semalam.

Mohd Fikri Lai telah memulakan perkhidmatan di KPDNHEP pada 26 Januari 1993 sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 dan pernah berkhidmat di cawangan Miri, Limbang, Beaufort, Kota Kinabalu, Tawau,Sarawak dan terakhir di Labuan sebelum berpindah semula ke Beaufort, dan akan mengalas tugas sebagai Ketua Cawangan KPDNHEP cawangan Beaufort Sabah berkuatkuasa 16 Julai 2018.

Arun Fazhillah mengalukan-alukan kedatangan Anual Kannari ke jabatan itu serta mengucapkan terima kasih kepada Mohd Fikri Lai Abdullah atas jasa yang diberikan selama 3 tahun lebih berkhidmat di pulau bebas cukai ini.

Anual Kannari, yangĀ  berasal dari Semporna, Sabah telah mula berkhidmat di KPDNHEP sebagai Pegawai Penguatkuasa KP 41 di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 17 April 2005.

Beliau yang pernahĀ  berkhidmat di KPDNHEP Melaka dan jawatan terakhir beliau adalah di Ketua Cawangan KPDNHEP Cawangan Beaufort Sabah.

Pada majlis yang sama Arun turut mengadakan taklimat media tentan pencapaian KPDNHEP Labuan sepanjang enam bulan tahun ini.

Menurut Arun Fazhillah, barang keperluan harian di Labuan setakat ini mencukupi dan pihak KPDNHEP akan sentiasa membuat pemeriksaan ke atas premis perniagaan di Labuan.

ā€œSetakat Jun 2018, sebanyak 3746 jumlah pemeriksaan telah dijalankan berbanding pada tahun 2017 iaitu hanya sebanyak 1754 jumlah pemeriksaan bagi kawasan bandar dan luar bandar di Labuanā€ katanya.

Arun juga menegaskan bahawa para pengguna boleh menggunakan saluran-saluran yang disediakan menerusi atas talian atau membuat aduan di pejabat KPDNHEP Labuan bagi kes-kes yang berkaitan hal ehwal pengguna tanpa sebarang kegusaran.

-SH

Tinggalkan komen anda