Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Juadah Peribadi Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Pengurusan HQE

By 14 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto: Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Walaupun dirai sederhana, sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri Peringkat Pengurusan Hospital Queen Elizabeth (HQE) nyata meriah apabila pelbagai juadah peribadi di hidang dan menghiasi majlis silaturrahim berkenaan.

Seperti sambutan perayaan lain, rumah terbuka Aidilfitri peringkat pengurusan hospital bukan sekadar di rai di kalangan anggota beragama Islam, malah ianya lebih bermakna diraikan bersama semua anggota malah bekas kakitangan yang pernah berkhidmat di HQE.

Saimzi Sapiri

Saimzi Sapiri

Seorang kakitangan pentadbiran, Saimzi Sapiri berkata, majlis yang dianjurkan kelihatan serba ringkas namun penuh makna.

“Ini kerana juadah yang terhidang merupakan juadah yang di bawa sendiri oleh anggota termasuklah kakitangan pengurusan berlainan fahaman agama dan kepercayaan.

6

“Majlis sebegini jelas memberi peluang
kepada setiap anggota unit untuk berinteraksi, saling mengenali dan berkerjasama sekaligus memupuk ikatan persaudaraan yang lebih erat,”katanya.

Seorang lagi kakitangan, Shariffah Kahar berpandangan, konsep membawa juadah peribadi, memberi peluang anggota merasai kepelbagaian juadah.

Shariffah Kahar

Shariffah Kahar

“Selain itu, ia juga memberi ruang kakitangan berkongsi kemahiran dan kreativiti melalui menu masing-masing.

“Pendekatan sebegini harus dipuji kerana majlis seumpama ini mampu menjadi landasan dalam membudayakan persefahaman dan keharmonian, seterusnya titik tolak ke arah perkhidmatan organisasi yang dibanggakan.

2

“Juadah yang di bawa kalangan rakan-rakan bukan sekadar menarik, sedap dan menyelerakan tetapi berkonsepkan juadah moden dan tradisional.

“Malah setiap anggota di saran agar sentiasa mengutamakan keseimbangan bahan dalam penyediaan juadah agar lebih segar dan berkhasiat,”ujarnya.

1

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital, Jasnawati Jasmin; Timbalan Pengarah Klinikal II, Dr. Irene Chau serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan bahagian pengurusan HQE.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda