Masyarakat Sepanggar, Karambunai Tidak Perlu Bimbang Catuan Air – Azhar

IMG-20180714-WA0017

Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Makluman gangguan air selama dua bulan di kawasan sekitar Sepanggar dan Karambunai yang dikeluarkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diharapkan tidak memberikan kebimbangan kepada masyarakat.

Antara orang ramai yang hadir

Antara orang ramai yang hadir

Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Azhar Datuk Mattusin berkata catuan yang dilakukan adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan dan kerja-kerja tanah.

“Apabila kerja-kerja itu terlalu agresif dilakukan, ia menyebabkan air keruh terutamanya di kawasan bandar yang akan menjejaskan pam-pam air yang mempunyai jangka hayat pendek.

IMG-20180714-WA0011

“Apa yang dilakukan sekarang ini ialah kerja-kerja penaiktarafan dan kerja penambahan pasir penapis Loji Rawatan Air Telibong II.

“Mereka tidak akan terus potong dalam tempoh dua bulan, tetapi akan dilakukan secara berperingkat, mungkin akan ada sedikit kekurangan bekalan air.

IMG-20180714-WA0016

“InsyaAllah ia tidak seteruk seperti yang digembar-gemburkan kerana kerja-kerja ini dilakukan untuk kebaikan semua dan itulah usaha kerajaan yang ada pada hari ini,”katanya.

Tambahnya, pihak Jabatan Air juga banyak memberikan kerjasama dan pernah menghantarkan bantuan sebanyak empat lori tangki dengan segera apabila beberapa kampung terputus bekalan air sebelum ini.

IMG-20180714-WA0020

Azhar ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri N12 Karambunai yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Likas pada Sabtu pagi.

Turut hadir dalam tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Aziz Jamman merangkap anggota Parlimen Sepanggar.

IMG-20180714-WA0007

Azhar menzahirkan rasa gembira dengan sambutan ramai yang menghadiri majlis tersebut dan ia dijadikan wadah untuknya membalas segala keyakinan yang diberikan kepada mereka berdua pada Pilihan Raya Umum yang lepas.

IMG-20180714-WA0008

Beliau juga mengambil kesempatan menunjukkan bakat membuat kuih tradisi Sabah, kuih penjaram di salah satu gerai pada majlis tersebut

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...