Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

ABNE Promosi Eko-Pelancongan Baling

By 15 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

BALING, 14 Jul (Malaysiaaktif) – “Baling ialah daerah paling bahagia mengikut National Happiness Index 2014. Baling juga mempunyai sangat banyak tempat-tempat yang berasaskan eko-pelancongan. Jadi pemilihan Baling  sebagai lokasi Asean Baling Nature Explorace (ABNE) amatlah bersesuaian.”

ABNE memromosikan eko-pelancongan Baling - Pengarah Kolej Komuniti Baling, Mejar Bersekutu Sobah Abdul Hamid

ABNE memromosikan eko-pelancongan Baling – Pengarah Kolej Komuniti Baling, Mejar Bersekutu Sobah Abdul Hamid

Ini dinyatakan Pengarah Kolej Komuniti Baling, Sobah Abdul Hamid.

Semua tempat-tempat yang dipilih untuk acara ini amat bersesuaian dengan suasana alamnya yang masih terpelihara, katanya lagi.

Kampung Titi Teduri untuk acara Asean@Culture Challenge

Kampung Titi Teduri untuk acara Asean@Culture Challenge

IMG-20180714-WA0385

ASEAN@Culture Challenge

Antara lokasi yang dipilih untuk acara ini ABNE ini ialah Dusun Tok Wa Desa Sentosa, Kampung Titi Teduri, Pulai, Sawah, Kg Tok Harun Pulai, Sungai Baling, dan Air Terjun Lata Bayu, Asam Jawa.

ASEAN@Water Raft Challenge di Dusun Tok Wa Desa Sentosa

ASEAN@Water Raft Challenge di Dusun Tok Wa Desa Sentosa

Dusun Tok Wa Desa Sentosa

Dusun Tok Wa Desa Sentosa

Pelajar Kolej Komuniti Bayan Baru, Kamalia Yasmin Jamil, berkata setiap hentian (checkpoint) mendekatkan dia dengan alam sekitar.

 

Pelajar Kolej Komuniti Bayan Baru, Kamalia Yasmin Jamil

Pelajar Kolej Komuniti Bayan Baru, Kamalia Yasmin Jamil

Ketika ditemui di checkpoint ke empat, dia berkata, ini kali pertama dia menyertai acara seperti ini dan ia mencabar mental dan fizikalnya. Selain perlu menyelesaikan cabaran-cabaran dengan segera yang menguji mental, mereka juga perlu berlari dan bergegas ke checkpoint setetusnya.

Sungai Baling

Sungai Baling

 

IMG-20180714-WA0394

Salah seorang urusetia acara ini, yang juga Pelajar Kolej Komuniti (KK) Baling Nur Ain Amalina Othman sangat gembira untuk sama-sama memastikan perjalanan acara ini berjalan lancar demi menjaga nama baik KK Baling yang menjadi tuan rumah acara ini bagi Zon Utara.

Bendang Kampung Tok Harun

Bendang Kampung Tok Harun

Menurut Pegawai Pembangunan Pelajar KK Bandar Darul Aman, Amirul Omar cabaran memasang rakit antara yang paling mencabar kerana rata-rata peserta tiada pengalaman membuat rakit buluh. Malah ada yang luka dan cedera semasa membina rakit.

ASEAN@Coffee Prince Challenge

ASEAN@Coffee Prince Challenge

Walau bagaimanapun akhirnya semua peserta berjaya membina dan menghabiskan acara ini sejauh 50 meter.

IMG-20180714-WA0117

Buluh untuk membina rakit dibekalkan oleh masyarakat orang asli tempatan, ujarnya lagi.

“Saya ingin sangat menyertai acara ABNE tetapi tidak layak, jadi saya menjadi sukarelawan bagi menjayakan acara ini,” ujar pelajar KK Baling, Maizatul Hani Che Lah.

Menjadi sukarelawan dapat merasai juga pengalaman suasana acara ini - Maizatul Hani Che Lah

Menjadi sukarelawan dapat merasai juga pengalaman suasana acara ini – Maizatul Hani Che Lah

Menurutnya para sukarelawan tidak diberi sebarang bayaran tetapi dia amat gembira dapat terlibat dengan acara ini dan ia suatu pengalaman yang amat berharga baginya.

ASEAN@Food Delight Challenge di Lata Bayu

ASEAN@Food Delight Challenge di Lata Bayu

Asean Baling Nature Explorace diadakan sempena program ASEAN@Campus 2018 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kolej Komuniti Baling.

IMG-20180714-WA0020

ASEAN@Food Delight Challenge

Ia diadakan di Baling, Kedah pada 14 -15 Julai 2018 bagi Zon Utara melibat 37 pasukan dari pelbagai institusi pengajian tinggi.

Tinggalkan komen anda