Tradisi Melangkaui Lima Generasi

IMG-20180716-WA0019
Laporan oleh: Fauzrina Bulka/Foto: Azman Jumat

 

PUTATAN, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Suasana gamat dan ceria sudah dirasai sejak awal acara, kerana Sabtu itu merupakan julung kalinya Generasi Sampai Hajat (GSH) menganjurkan Majlis Silaturahim dan Sukaneka.

IMG-20180716-WA0007Hijau, Ungu, Kuning, Biru dan Merah Jambu warna perca kain yang diikat di tangan 200 ahli yang hadir, mewakili lima generasi dalam pengagihan kumpulan untuk acara sukaneka yang diadakan petang itu.

 Dalam kemeriahan sahutan sorakan sepanjang acara itu berlangsung, penulis berkesempatan berbual dengan tiga orang adik beradik daripada generasi ketiga keturunan Tarbu Sulai dan Talib Pakir.IMG-20180716-WA0016

 Generasi ketiga yang masih ada antaranya tiga beradik iaitu Siti Hawa, Siti Miah dan Siti Nabiah yang merupakan cucu Tarbu Sulai daripada anak pertama mereka iaitu Tiah dan suaminya Ismail Rejab.

“Selepas beberapa kali perancangan tidak menjadi, akhirnya hari ini berjaya juga hasrat kami melihat sanak saudara dan anak cucu berkumpul.

IMG-20180716-WA0021

“Kalau bukan kali ini, kami pun tidak pasti kalau masih sempat berkumpul lagi tahun hadapan, insyaAllah kalau panjang umur dan masih ada rezeki tahun depan pasti lebih meriah,”ujar mereka.

 Keluarga Tarbu Sulai dan Talib Pakir sebenarnya dikenali dengan kebolehan bermain alat muzik kulintangan, kebolehan tersebut telah diwarisi hingga generasi ke empat kini.

“Kulintangan yang kami ada adalah warisan daripada nenek kami yang mempunyai satu set sembilan kulintangan beserta dua gong, dua gendang dan satu bandil.IMG-20180716-WA0013

“Sejak dahulu, keluarga kami sering memainkan kulintangan di majlis-majlis keramaian. Rata-rata ibu dan bapa saudara  semuanya pandai bermain alat muzik itu, diikuti generasi kami hingga anak-anak.

“Sebelum ini setiap kali ada tetamu yang datang berziarah, kami akan mainkan kulintangan sebagai hiburan, tetapi selepas ibu meninggal, alat itu kami simpan di dalam bilik,”kata Siti Hawa.

Antara bayi yang berpangkat piut dalam keluarga ini.

Antara bayi yang berpangkat piut dalam keluarga ini.

Tambahnya juga, terdapat pantang larang yang perlu diikut dalam mengendalikan kulintangan iaitu alat muzik itu tidak boleh dilangkah, manakala setiap kali sebelum ingin memainkannya, perlu ditangas terlebih dahulu.

Menurutnya, Kulintangan perlu ditangas supaya dapat mengeluarkan bunyi yang baik ketika dimainkan, jika pemain dapat menguasai tiga rentak muziknya, barulah boleh dikatakan mahir.

Siti Nabiah, Siti Hawa dan Siti Miah bangga menunjukkan tikar baju hasil kerja tangan mereka.

Siti Nabiah, Siti Hawa dan Siti Miah bangga menunjukkan tikar baju hasil kerja tangan mereka.

Tiga beradik ini juga turut berbangga dengan kemahiran mereka dalam seni anyaman, malahan seni itu turut di bingkaikan dan diletak di dinding rumah sebagai hiasan.

Tikar yang di hias di pelamin bagi perkahwinan suku kaum Bajau turut ditunjukkan pada malam tersebut.

Tikar yang di hias di pelamin bagi perkahwinan suku kaum Bajau turut ditunjukkan pada malam tersebut.

“Sayangnya kemahiran ini tidak diwarisi oleh anak cucu, mungkin sebab mereka tidak berminat untuk belajar, lagi pun agak susah untuk mendapatkan daun pandan berduri sekarang ini, sebab kalau pandan biasa, anyaman itu akan cepat putus.

“Anyaman ini dinamakan tikar Bajau, antara hiasan di pelamin tradisi suku kaum Bajau. Membuatnya agak remeh kerana selepas dibuang durinya, daun pandan perlu direbus, dilurut dan di warna sebelum dipotong kecil supaya mudah dianyam.

“Menyiapkannya memakan masa berminggu dan adakala mata menjadi sakit dan kepala menjadi pening, tetapi nilainya agak tinggi jika dijual hampir RM2000.

“Tapi yang dibingkaikan ini hanya bernilai RM200, sengaja kami letak di sini untuk dijadikan kenangan anak cucu kami, kerana selepas kami suda tiada yang ingin meneruskan tradisi ini,”katanya.

Menantu kepada Tiah dan Ismail, Juliana Tinggal, 49 pernah berimpian untuk membina sebuah pusat pelancongan yang menyediakan bengkel menganyam tikar dan kelas mengajar kulintangan.

Juliana (kanan) berimpian untuk membuka bengkel anyaman dan kulintangan

Juliana (kanan) berimpian untuk membuka bengkel anyaman dan kulintangan

“Tetapi impian ini tidak terlaksana kerana kekurangan tenaga pandai kerana saya mendapat idea ini juga selepas ibu mertua saya sudah uzur.

“Tikar yang dianyam ini juga idea kami untuk dibingkaikan supaya seni itu dijaga dan dipelihara kerana dengan proses pembuatannya yang rumit, tikar ini sebenarnya sangat bernilai.

Penyampaian hadiah sukaneka diadakan pada sebelah malam selepas jamuan makan.

Penyampaian hadiah sukaneka diadakan pada sebelah malam selepas jamuan makan.9

“Pengalaman yang saya ada sepanjang bertugas di Balai Bomba juga yang saya gunakan untuk penganjuran majlis hari ini,  saya kuatkan tekad untuk teruskan kerana generasi lama dalam keluarga semakin ramai yang tiada.

“Dengan penganjuran ini sekurang-kurangnya untuk mencipta kenangan buat keluarga kami, mujur ahli keluarga juga mudah memberikan kerjasama dalam mengeluarkan kos dan menyediakan juadah,”ujar Juliana.

-MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...