Bola Sepak Satukan Semua

IMG-20180716-WA0027

 

 Laporan : Hamidah Md Drus
Foto : Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 16 Jul (Malaysiaaktif) –
Seramai 300 orang menghadiri Fiesta ‘World Cup’ Belia Parlimen Kuala Pilah semalam. Fiesta yang julung-julung kali diadakan di Perkarangan Pejabat Parlimen Kuala Pilah ini mendapat perhatian belia tempatan.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada para pengunjung dari seawal pukul 2.00 petang sehingga berakhir Final Bola Sepak Piala Dunia lewat pagi tadi.

Eddin (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Eddin (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Shazlee Shith, program ini dilaksanakan untuk golongan muda dan remaja supaya mereka berasa tidak dipinggirkan dalam arus pemodenan negara.

Tambahan pula musim bola sepak Piala Dunia yang baharu sahaja berakhir ini menjadi platform terbaik bagi mendekati golongan ini.

“Bagi menarik golongan muda ini supaya bersama-sama kita, kita perlu bersikap terbuka menerima apa keinginan dan kehendak orang muda. Contohnya pada fiesta ini, kita menyediakan permainan yang bersifat hiburan, namun bukanlah hiburan semata-mata tetapi diselitkan juga unsur-unsur dan semangat patriotik,” ujarnya.

“Memandangkan sambutan bulan kemerdekaan semakin hampir, ruang inilah kita gunakan untuk menguar-uarkan kempen kibar jalur gemilang dalam kalangan generasi muda,” katanya lagi.

Eddin beramah mesra dengan pengunjung program.

Eddin beramah mesra dengan pengunjung program.

Dalam pada itu, Eddin mahu golongan muda ini didekati dan dibimbing bagi memastikan mereka terarah dengan masa depan dan hidup yang lebih sistematik dan tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

“Respon yang diberikan golongan muda di Kuala Pilah ini sangat positif dan mereka meminta program seperti ini diadakan lebih kerap.

“Pihak Pejabat Parlimen juga menyediakan ruang perniagaan bagi sesiapa yang berminat untuk berniaga tanpa sebarang bayaran sebagai salah satu galakan kepada golongan muda yang ingin berdikari,” ujarnya yang ditemui semalam.

Sementara itu, seorang pengunjung program Muhammad Helmi Shah, 37, beliau seronok menonton bola sepak beramai-ramai berbanding menonton di rumah.

“Tambahan pula skrin besar dan tempat duduk disediakan, saya merasa cukup teruja kerana ia merupakan kali pertama menyertai program santai seumpama ini,” kata Helmi.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti ‘3 ON 3 Penalty Shootout’, ‘FIFA 2018 PS4’, zumba, pertandingan imbang bola, Pameran Motor Retro, serta cabutan bertuah.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...