Skip to main content
Berita TengahHomeKuala Lumpur

Sultan Muhammad V Rasmi Istiadat Pembukaan Parlimen Ke-14

By 17 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh :  Mohd Shahfuri Saidan Khadri, Parameswary Lekshmnan dan Syaiful Harif Adnan

 

KUALA LUMPUR, 17 Jul (MalaysiaAktif) – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini.

Sultan Muhammad V menyampaikan titah ucapan perasmian di Dewan Rakyat

Sultan Muhammad V menyampaikan titah ucapan perasmian di Dewan Rakyat

Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V pada jam 10.00 pagi di Dataran Parlimen disambut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali;  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri S. A. Vigneswaran.

Baginda kemudian menerima sembah ‘Hormat Diraja´ daripada pasukan Kawalan Kehormat Utama, Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar (DOM) Muhamad Nor Azizan Yahya.

IMG-20180717-WA0029
Panji-panji Yang di-Pertuan Agong dikibarkan diikuti tembakan meriam kehormatan 21 das diiringi lagu kebangsaan ‘Negaraku’ oleh Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.

Baginda memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama terdiri daripada empat (4) pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Parlimen

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Parlimen

Seterusnya, baginda berangkat ke Dewan Rakyat bagi menyampaikan titah ucapan perasmian.
Suasana Dewan Rakyat menjadi gamat apabila baginda bertitah, “Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sila duduk dan jangan lari,”

Baginda bertitah sedemikian ekoran tindakan pembangkang bertindak keluar Dewan semalam sebagai tanda bantahan pelantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff yang didakwa lantikan tersebut bertentangan dengan peraturan mesyuarat 4(1).

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

Baginda turut menasihati semua anggota Parlimen agar menggalas tugas dan amanah yang diberikan dengan jujur dan penuh dedikasi. “Beta percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang,  berfikir secara dinamik  agar institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar,” titah baginda lagi.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 20 hari bermula 16 Julai sehingga 16 Ogos manakala Dewan Negara akan bersidang selama 15 hari bermula 20 Ogos hingga 12 September 2018.

 

HS & EM

Tinggalkan komen anda