Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

My Best Buy Tawar Harga Murah Buah-Buahan Bermusim

By 18 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

ISKANDAR PUTERI, 18 Jul( MalaysiaAktif) – Penganjuran program My Best Buy oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dilihat bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan tempatan malah memberi kepada pengemar buahan – buahan tempatan untuk membeli dengan harga yang jauh lebih murah.

Pengarah FAMA, Alwi bin Anang merasmikan Majlis Pelancaran Jualan Terus Dari Ladang Buah- Buahan Bermusim Peringkat Negeri Johor Sempena My Best Buy
Pengarah FAMA Negeri Johor, Haji Alwi bin Anang berkata, penganjuran program tersebut memberi peluang pembeli setempat membeli buah – buahan yang segardan terus dari lading dengan harga yang berpatutan dan berkualiti.

“Program ini juga menggalakkan pengguna untuk membeli buah-buahan tempatan dan seterusnya mendidik pengguna tentang khasiat dan kelebihan makan buah-buahan tempatan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jualan Terus Dari Ladang Buah- Buahan Bermusim Peringkat Negeri Johor Sempena My Best Buy di Kota Iskandar tadi.

Selain buah- buahan bermusim, hasil tanian juga ada dijual di My Best Buy, Kota Iskandar
Menurutnya, usahawan tani terlibat memberi kerjasama dengan menjual buah-buahan bermusim ini seperti durian pelbagai gred, manggis, rambutan dan buah – buahan tempatan yang lain pada harga berpatutan yang mana menepati objektif penganjuran program My Best Buy tersebut.

Sementara itu, Penolong Pegawai Jabatan Pertanian Negeri Johor, Samsudin Md Tarmudi berkata, langkah diambil FAMA dan kerjasama dengan Jabatan Pertanian ini dalam menganjurkan program seperti ini adalah dapat mengawal harga mampu milik dengan mengadakan pasaran yang terancang.

“Saya berharap program begini diperluaskan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara mulai tahun depan. Jika dapat dilaksanakan, soal kos sara hidup yang semakin mencabar pada masa kini dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengadakan jualan My Best Buy di setiap DUN pada setiap minggu bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapat manfaat daripada program anjuran FAMA tersebut.

– MRR

Tinggalkan komen anda