Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Proses Penamaan Calon PRK Sungai Kandis Tenang

By 21 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SHAH ALAM, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis berjalan dengan lancar di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, di sini hari ini.

Calon-calon bertanding tiba di pusat penamaan calon seawal 8.50 pagi bagi mengemukakan borang penamaan calon.

Zawawi (bersongkok) turut ditemani TPM, Datuk Seri Wan Azizah, di sini.

Zawawi (bersongkok) turut ditemani TPM, Datuk Seri Wan Azizah, di sini.

Calon pertama tiba adalah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zawawi Ahmad Mughni diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Calon kedua yang tiba di pusat penamaan calon ini adalah Datuk Lokman Noor Adam daripada Barisan Nasional (BN) pada pukul 9.00 pagi diiringi Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad turut hadir memberikan sokongan.

Turut kelihatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Turut kelihatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Turut kelihatan penyokong daripada kedua-dua parti yang bertanding iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Barisan Nasional (BN).

Pertembungan dua penjuru pada PRK kali ini buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya di Malaysia menjadi pilihanraya kecil paling cepat diadakan selepas Pilihan Raya Umum diadakan.

Pilihan Raya Kecil (PRK) ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai yang lepas. Setelah bermesyuarat, SPR telah menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon dan hari mengundi adalah pada 4 Ogos nanti.

-NAZ

Tinggalkan komen anda