Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Sah 3 Penjuru Di PRK N.49 Sungai Kandis

By 21 Julai 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan dan foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)Β 

SHAH ALAM, 21 Jul (Malaysiaaktif) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan melalui Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.49 Sungai Kandis bahawa selepas pemeriksaan dengan teliti, tiada kertas calon undi yang ditolak.

27754A09-0DA3-4950-96CC-5DAEE2AB0744

Pihak SPR telah menerima kertas pencalonan daripada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada 9.08 pagi dan pencadangnya ialah Azwan Haji Mat Amin sementara penyokongnya ialah Siti Anum Tawil.

Kertas pencalonan kedua diterima daripada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam pada 9.09 pagi dan pencadangnya ialah Hizirudin Mohd Ali manakala penyokongnya ialah Musalis Abdullah.

Sementara itu, calon Bebas pula, Murthy a/l Krishnasamy menghantar kertas pencalonan pada 9.35 pagi dan pencadangnya ialah Shirley Anne Gregory Subramaniam serta penyokongnya ialah John Vadivellan Murugesan.

95136FB1-9EA3-40FB-830E-98F37466FB5E

Secara rasminya, di DUN N.49 Sungai Kandis akan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara PKR, BN dan Bebas.

Tempoh berkempen oleh parti bertanding bermula hari ini sehingga 12.00 tengah malam pada 3 Ogos 2018.

Pihak SPR juga mengumumkan 4 Ogos 2018 sebagai tarikh mengundi. Pusat-pusat mengundi akan diumumkan kemudian selepas diwartakan.

-NAZ

 

Tinggalkan komen anda