Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Istiadat Menyalang Datuk Lembaga Dilaksanakan Penuh Beradat

By 26 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Sapar Sutir              Foto : Datuk Halim (Rembau)

REMBAU, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Rembau Daerah Beradat meneruskan tradisi Istiadat Menyalang Datuk Lembaga dan Buapak Delapan Kampung Suku Biduanda Luak Rembau di Kediaman Rasmi Yang Teramat Mulia Datuk Undang Luak Rembau.

Dalam istadat menyalang kali ini Abdul Razak Yassin telah dilantik sebagai Datuk Perba. Beliau berpengalaman luas dalam kemasyarakatan dan pernah bertugas di syarikat swasta sebelum dilantik menjadi Datuk Perba pada istadat menyalang Luak Rembau pada kali ini.

Datuk Shahbandar, merangkap Pengerusi Istadat Menyalang, Rahim Yasin, berkata Istiadat Menyalang membolehkan Penyandang Pusaka baharu iaitu Tiga Datuk Lembaga Adat menjunjung kasih melalui istiadat merafak sembah kepada Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman dan Yang Teramat Mulia Tok Puan.

Datuk Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman semasa Majlis Menyalang, semalam.

Datuk Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman semasa Majlis Menyalang, semalam.

“Istiadat menyalang merupakan acara bagi pengesahan dan meraikan Penyandang Pusakan yang baharu bagi mengisi kekosongan jawatan Datuk Lembaga Adat atas sebab-sebab kematian, perletakan jawatan mahupun pelucutan jawatan.

“Terdapat tiga peringkat perlu dilalui seseorang individu sebelum dilantik. Pertama ialah individu yang layak memegang jawatan dipilih oleh Buapak dan Anak Buah melalui Majlis Kerapatan Suku,” katanya yang ditemui media setelah selesai majlis, semalam.

Individu berkenaan  kemudiannya akan melalui peringkat kedua iaitu ditemu bual oleh Datuk Lembaga Adat di Balai Undang sebelum benar-benar terbukti layak memegang amanah sebagai pemimpin adat.

“Individu yang dilantik tidak kira usia akan meneruskan Istiadat Menyalang dengan membawa persembahan berupa sebilah keris, sepersalinan baju dan juga watikah pelantikan dari Undang Luak Rembau menandakan pengesahan jawatan sebagai Datuk Lembaga Adat.

“Datuk Lembaga Adat yang baharu dilantik ini diharap dapat memikul amanah meneruskan keistimewaan adat perpatih terutama harta dan tanah pusaka mengikut nasab ibu,” jelasnya lagi.

Majlis Istiadat Menyalang ini turut dihadiri pemimpin-pemimpin masyarakat, anak-anak Rembau perbagai suku dari daerah ini dan pelajar-pelajar sekolah bagi menyaksikan keistimewaan istiadat ini.

-SH

Tinggalkan komen anda